Lapan Bulan Tinggal Dlm Kereta Tiada Siapa Bantu Ganesh. Sekali Ebit Lew Datang Selesai Terus MasaIah

Anak usia lapan bulan pernah diberi minum air suam dan air kopi, itu keperitan hidup seorang pengawal keselamatan bersama keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta sejak lapan bulan lalu.

Kisah tersebut tular di media sosial dan rata-rata warganet mempersoalkan kenapa tiada bantuan diberikan kepada keluarga tersebut.

Namun semuanya berakhir dan seakan sudah dijangka apabila nasib mereka mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ebit menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, beliau amat sedih selepas membaca kisah S Ganesh, 34, isteri, S Parameswary, 32, dan tiga anak mereka berusia antara 6 tahun hingga 8 bulan yang tinggal di dalam kereta selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, awal April lalu.

Menurutnya, beliau mengetahui kisah lima beranak itu ketika berada di Johor Bahru lalu bergegas ke Pulau Pinang untuk menyalurkan bantuan.

” Cuti umum Krismas dari Johor Bahru terus saya ke Pulau Pinang.

” Menangis sebak semalam masa di Johor Bahru terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.

” Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Ebit berkongsi beberapa keping gambar beliau membawa keluarga itu membeli barangan keperluan selain rumah baharu yang disewa untuk mereka.

” Sedihnya 8 bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja guard malam bawa keluarga tidur dalam kereta.

” Rumah mereka terbakar bulan 4. Semua habis musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta jer.

” Sampai jer tengok muka anak comel sangat. Ceria jer masa belikan kek makan dengan mereka.

” Saya sewakan rumah cantik selesa ada 3 bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT.

” Dah 2 kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus disitu pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.

” Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, TV, rice cooker, dapur, kipas, katil Queen 1, katil single 2, barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka tadi.

” Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kaseh. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

” Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL dah. Dah 4 hari di luar,” akhiri Ebit Lew