
” Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak ged1k, mama ged1k.”
Itu kata-kata Cik B yang mengulas mengenai persembahan meniru gaya ibunya, Dato Seri Vida yang trending sejak beberapa hari lalu kerana berjaya mencuit hati penonton.
Pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini membuat persembahan di Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) telah mendapat perhatian netizen selepas ‘bertukar’ menjadi ibunya yang terkenal dengan aksi ‘ged1k’.
” Saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).
” Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas.
” Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan),” katanya.
Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.
Sementara itu, Cik B turut berkongsi video babak di mana beliau mengeluarkan telefon bimbit sebelum merakamkan video ‘selfie’ di Instagram beliau.
Siapa sangka babak tersebut rupanya betul-betul dirakam Cik B!
” Sekali dia rekod betul-betul lah! Comelnya Cik B ni,” kata seorang pengikutnya.
” This is truely epic! Yass! Go go go Cik B!” tulis seorang lagi pengikut.
Sekali Dato’ Seri Vida datang komen
Namun dalam banyak-banyak komen, rupanya terselit satu komen yang menghiburkan ramai apabila ibu Cik B iaitu Dato Seri Vida sendiri memberi reaksi.
” WOOOOWW..ANAK MAMA YG HEBAT….SEMPAT RAKAM.. BETUL BETUL RAKAM MASA LIVE…,” tulis DS Vida
Komen yang ditinggalkan DS Vida itu turut mendapat respon warganet yang terhibur dengan dua beranak itu.
” Anak dato hebat boleh pergi jauh ni well done dato paksa cik b masuk rancangan realiti,” tulis Sam.
Sementara itu, mengungguli tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.
” Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.
” Cumanya, nama saya sekarang tengah trending… itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.
” Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?” katanya kepada mStar.