Semasa

Bapa Mentua Ingat Nk Pegi Mana, Tiba2 Dibawa ke Showroom. Skali Menantu Serah Kunci Kereta Trkedu Terus

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Namun, bagaimana pula pengorbanan seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya? Adakah kita sebagai seorang anak tidak mampu ‘berkorban’ demi kebaikan ibu bapa kita?

Apakah kita juga sanggup melakukan apa saja demi mak ayah kita?

Bagi seorang wanita di Jerantut, beliau dan suami melakukan sesuatu yang tidak dijangka apabila membuat kejutan buat bapanya yang menyentuh perasaan ramai.

Terima kejutan tidak dijangka

Seorang pesara guru terkejut tidak terkata dan hanya mampu senyum lebar selepas lima anaknya membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona baharu untuknya.

A Rozak Ab Rahman, 66, dari Kampung Kool di sini, menerima kejutan itu di pekarangan Pusat Jualan Proton Mentakab di sini, hari ini.

Anaknya yang juga seorang guru, Nur Ilyani, 37, berkata mereka lima beradik mengambil keputusan untuk membelikan kereta baharu kerana keadaan kereta Waja dimiliki ayahnya sejak 14 tahun lalu sering rosak.

Katanya, setiap bulan, mereka sering mendengar ayah merungut kerana keretanya kerap rosak serta perlu dibaiki.

” Kami risau kalau kereta itu rosak di tengah jalan dan bimbang dengan keselamatan ayah yang sering keluar atas pelbagai urusan.

” Jadi kami berpakat sejak awal bulan ini dan mencarikan kereta sesuai buat ayah dan akhirnya hasrat tercapai untuk mendapatkan kereta baharu buat ayah dan kami membayar ansuran bulanan,” kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Ahmad Farizan (dua dari kanan) menyerahkan kunci kereta kepada ayah mertuanya di pusat jualan kereta Proton Mentakab.

Terpaksa menipu ajak bapa mentua ke bandar

Beliau berkata, kejutan itu berjaya direalisasikan suaminya, Ahmad Farizan Bahaman, 37, yang membawa ayahnya ke pusat jualan kereta terbabit.

Ahmad Farizan (gambar atas) berkata, beliau terpaksa menipu untuk mengajak ayah mentuanya ke bandar Mentakab kerana pada awalnya beliau tidak mahu pergi dengan memberi pelbagai alasan.

” Saya berikan alasan tidak tahu lokasi untuk mengambil barang di Mentakab. Sebaik sampai di bandar Mentakab, saya beri alasan hendak pergi ke pusat jualan kereta Proton sekejap untuk berjumpa kawan.

” Apabila sampai di situ, ayah mentua terkedu serta terharu apabila saya menyerahkan kunci kereta kepadanya. Kami bersyukur segala urusan terbabit berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, A Rozak merasa terkejut, terharu dan berterima kasih dengan pemberian anak yang tidak disangka itu.