Semasa

Sumber Jawab Mana Datang 37 Kes Positif di Rumah Panjang di Sibu. Rupanya Ada Kaitan Seorang Wanita

Sarawak mencatat jumlah kes positif harian COVlD-19 tertinggi setakat ini dengan 55 kes, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata, 37 daripada jngkitan baharu itu dikesan di Sibu, Kuching (15), Miri (2) dan Bintulu (1) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVlD-19 di Sarawak meningkat kepada 1,251 kes.

Berikutan peningkatan mendadak kes positif khususnya di Sibu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu hari ini memutuskan membuat Kawalan Pergerakan di lapan rumah panjang di bahagian itu.

Ia membabitkan Rumah Panjang Pasai Siong Tengah; Rumah Panjang Pengkalan Rumput, Sungai Siong; Rumah Panjang Sungai Putus Siong; Runah Panjang Sungai Siong Tengah; Rumah Panjang Lubok Lengan Sungai Siong; Rumah Panjang Siong Tengah 1; Rumah Panjang Sungai Siong Tengah 2 dan Rumah Pengkalan Rumput Pasai Siong Tengah.

Wanita balik dari Johor pencetus kluster baharu di Sibu

Langkah itu diambil berikutan penyebaran COVlD-19 dalam jumlah besar berlaku selepas seorang wanita yang kembali dari Johor untuk menghadiri pengebumian bapanya di Pasai Siong dikenal pasti sebagai penyebar dalam kalangan penduduk di rumah panjangnya.

Wanita terbabit menaiki penerbangan Firefly dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada 8 pagi, 29 Disember lalu dan kemudian menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kuching pada jam 1.35 tengah hari, hari sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dia menjalani ujian swab pertama dan keputusannya negatif dan kemudian meneruskan perjalanan ke Sibu menaiki penerbangan AirAsia dari Kuching dan tiba pada 8.50 malam.

Wanita itu diarahkan menjalani kuarantin di Rumah Panjang Langi di Pasai Siong namun dia menghadiri pengebumian bapanya di tanah perkuburan berhampiran.

Dia kemudiannya mengambil ujian swab kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang di Sibu dan keputusannya didapati positif pada 6 Januari.

Pada 7 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia membuat saringan terhadap 74 penduduk Rumah Panjang Langi dan keputusannya mendapati seramai 37 positif.

Semua kes adalah penduduk tempatan yang berumur semuda 11 bulan hingga 79 tahun dengan lima daripadanya adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Siasatan awal mendapati kesemua kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala yang serius kecuali beberapa orang mengadu demam dan batuk biasa.

Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut san kes itu dikategorikan sebagai kes jngkitan tempatan.

Berikutan itu, JPBN Sarawak hari ini mengisytiharkan kluster baharu di Sibu iaitu Kluster Pasai.

P/s: GAMBAR ATAS ADALAH SEKADAR HIASAN