Semasa

Sah PKP Dilaksanakan. Tetapi PM Umum Ada Perkara Lain Yang Semua Wajib Tahu Dan Bila Ia Bermula

Penularan COVlD-19 yang menunjukkan trend peningkatan kes sejak kebelakangan ini membimbangkan semua pihak terutama orang ramai.

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat rata-rata berpendapat kerajaan perlu melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membendung penularan wabak ini.

Malah undian di Facebook juga mendapati 97% responden bersetuju PKP dilaksanakan meskipun ramai gusar dengan aktiviti ekonomi akan terjejas.

Perutusan khas oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ini bagi menjawab spekulasi mengatakan satu lagi peraturan kawalan pergerakan yang tegas serupa dengan yang dilihat antara 18 Mac dan 4 Mei lalu akan dilaksanakan semula di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Korb4n Covid-19 mencecah 551 semalam, dengan 77 peratus kemat1an berlaku antara 1 September dan sekarang.

Sebilangan besar kemat1an berlaku di Sabah (283) tetapi jumlah kemat1an kes di Lembah Klang terus meningkat (111 setakat semalam) dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini pengumuman PM, sah PKP dilaksanakan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

” Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

” Manakala, ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam Perutusan Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan di stesen televisyen, hari ini.

Menurutnya, negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Katanya, KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.

Bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Negeri-negeri dikenakan PKP adalah yang berisiko tinggi dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatan hampir capai kapasiti KKM.Muhyiddin

Pergerakan rentas negeri seluruh negara tidak dibenarkan

PKPP di Perlis dan Sarawak dari 13 hingga 26 Jan.

Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam juga tidak dibenarkan.

Kerajaan benarkan lima sektor ekonomi beroperasi iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.

Sumber:hmetro dan bernama