Semasa

Penjelasan Padu Peguam Ini Mungkin Akan Buat Pihak Mahu Laksana PRU-15 Secepat Mungkin Terdiam

Sejak beberapa hari lalu, orang ramai hangat memperkatakan isu berhubung permintaan beberapa ahli politik termasuk Setiausaha Agung Umn0, Ahmad Maslan yang mahu pilihanraya umum (PRU-15) dilaksanakan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Maslan, PRU-15 perlu dilaksana segera disebabkan kerajaan diterajui perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia.

Kemudian terdapat pihak lain juga bersetuju dengan saranan Ahmad Maslan dengan mengatakn PRU boleh dilaksana dengan syarat perlu mematuhi SOP ketat.

Menerusi satu status di Facebook, seorang peguam terkenal, Nor Zabetha telah menyatakan pandangan beliau berkenaan perkara tersebut.

Berikut adalah perkongsian ditulis peguam, Nor Zabetha;

Semalam terbaca berita, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan PRU-15 boleh dilaksanakan dengan syarat semua pihak mematuhi norma baharu dan SOP dalam pilihan raya.

Hal berkenaan jngkitan COVlD-19 ini, bukan sembarangan. Dalam diam-diam ‘dia’ berjngkit.

Mula-mula saya jangkakan arahan kerajaan bagi pemakaian pelitup mungkin bakal menghalang dari jngkitan COVlD atau mungkin mengurangkan nilai jngkitan.

Saya juga menjangkakan dengan ada SOP yang ditetapkan, misalnya kita masuk ke pusat membeli-belah atau kedai-kedai dengan memeriksa suhu dapat mengurangkan risiko, tambah pula penjarakan sosial sewaktu ke mana-mana dan pemakaian pelitup muka.

Barangkali membantu mengurangkan jngkitan.

Tetapi tidak juga, semakin hari semakin meningkat. Dari yang mula-mula jngkitan 1 angka, sudah menjadi 3 angka. Dari yang 3 angka, kemudian kini menjadi 4 angka.

Yang 4 angka itu, dari yang 1 ribu, sudah jadi 2 ribu dan diikuti dengan 3 ribu. Sentiasa naik dan naik. Tidak turun-turun.

Sejak habis PKP hari itu jumlah jngkitan yang tercatat di Malaysia 18,000++ dan setakat semalam 128,000++. Tidak kiralah semakin kita tingkatkan SOP, semakin juga ia naik.

Kalau dulu susah hendak mendengar dikalangan kita yang dijngkiti COVlD tetapi kini, adik ipar kawan yang dijngkiti, kawan yang dijngkiti.

Terasa semakin hampir pula dalam lingkungan kita.

Di China sehingga ke hari ini jngkitan COVlD adalah 87,000++, negara yang mempunyai hampir 1.4 billion penduduk manakala Malaysia yang mempunyai penduduk yang hampir 32 juta telah mencatatkan jumlah jngkitan sebanyak 128,000.

Jika dibuat perbandingan begini tentulah nampak betapa seriusnya peningkatan kes di negara kita. Negara yang populasinya tidak ramai dan peningkatan kes yang kian mendadak.

Kalau tidak berhati-hati semakin lama, semakin meningkat. Saya percaya isu COVlD ini lebih kepada kita sendiri, sikap dan kesedaran.

Kalau ada SOP tetapi kita tidak ikuti apalah gunanya dan jngkitan bakal mereb4k, seperti yang terjadi dalam kes Kluster Pekerja Kilang.

Jadi tidak dapat saya gambarkan bagaimana agaknya piliharaya yang bakal mengikut garis panduan ini tidak akan menyebabkan jngkitan kerana di mana-mana pun ada SOP tetapi kerana bersesak, berapat-rapat itulah yang menjadi punca.

Saya teringat sewaktu awal Kluster Tabligh dahulu, bila jngkitan tersebar dari perhimpunan tabligh tersebut. Kemudian, perlu memanggil peserta yang terlibat dan menjejaki mereka yang hadir serta membuat ujian. Bukan mereka sahaja malah ahli keluarga juga perlu diuji.

Bukan proses yang mudah.

Jadi kalau berlakulah jngkitan sewaktu pilihanraya, bagaimana agaknya hendak memanggil ratusan orang dan dipanggil pula mengikut tempat dan kawasan yang boleh jadi di serata tempat dalam Malaysia.

Situasi sewaktu undian biasanya parti penyokong yang ini berkempen dan penyokong yang sana berkempen, mampukah kita mengawal

SOP bila masing-masing sibuk berkempen?

Cukup hebatkan pemakaian pelitup muka, pejarakan sosial ini untuk mengawal jngkitan COVlD-19. Saya percaya SOP dapat mengawal penularan wabak tetapi tidak dapat mengawal sikap penyokong yang sibuk berkempen.

Apabila datang hal politik dan berkempen ini, saya rasakan sukar hendak mengikut SOP yang dicadangkan.

Saya teringat keputusan kes DS Najib dahulu diumumkan, bersesak-sesak penyokong, berhimpit-himpit. Kalau tentang hal politik begini, biasanya penyokong seolah-olah kalis COVlD.

Entahlah. Sama-samalah kita menanti arus perjalanan Negara tercinta Oh! Malaysiaku.

Sumber:Nor Zabetha