Semasa

Guna Duit I-Sinar Utk Upah Buat 11 Bonggol Sbb Marahkn Cikgu Bawak Keta Laju, Lelaki Dedah Punca Sebenar

Bukan satu atau dua, tetapi sebelas bonggol dibina di atas jalan masuk ke rumah oleh seorang lelaki di kampung Padang Luas, Jerteh, Besut, Terengganu.

Difahamkan tindakan lelaki tersebut dilakukan akibat terganggu dengan bunyi kenderaan jirannya yang dikenali sebagai cikgu Li yang berulang alik menggunakan jalan tersebut.

Menurut Muhamad Roslam, dia sudah banyak kali menegur Cikgu Li agar tidak memandu laju melalui rumahnya.

Kata Roslam lagi, dia terganggu dengan bunyi kereta Cikgu Li yang keluar masuk sehingga lewat malam dan mengganggu tidurnya, apatah lagi dia kini ada masalah kesihatan.

” Aku yang buat bonggol ini. Korang tuduh aku bukan-bukan, sekarang aku nak ceritakan perkara sebenar.

” Aku tiada niat nak buat bonggol ni, tak tak hingin pun nak buat sebenarnya. Tapi aku dah tak tahan sangat dengan cikgu Li (rumah di hujung sana).

” Mereka bawak kereta laju (keluar masuk) dari waktu pagi sampai waktu malam. Jangan dengar sebelah pihak je, cikgu Li kata aku acu parang kat dia waktu subuh tapi dia takde bukti pun.

” Dari subuh sampai ke 3 pagi dia keluar masuk guna jalan ini, dengan laju. bayangkan lah..

” Ini rumah aku, aku orang miskin bukan macam cikgu Li orang kaya ada kereta 6 7 buah.

Sambil menunjukkan rumahnya yang memang agak rapat dengan jalan, Roslam mengatakan biliknya juga berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan. Justeru jika kereta lalu mesti tidurnya akan terganggu.

” Cikgu li ni aku dah berapa kali tahan dia dan cakap elok-elok dan minta dia bawa perlahan-lahan.

” Aku dah beritahu aku sakit tapi korang tak percaya. Boleh datang rumah aku, aku akan cerita perkara sebenar.

” Biar aku beritahu semua, ini tanah mak aku. Tanah ini kami tidak pecah lot pun. Yang pecah lot yang belakang sana je.

” Bila pecah lot dia automatik jadi rezab jalan. Kalau tak dia takkan jadi rezab jalan. Tapi mak aku bagi sedekah (bina jalan) untuk orang belakang lalu.

” Tapi sebab jadi macam ni, nasihat pun tak dengar, jadi aku habiskan duit RM1100 untuk beli tar untuk buat bonggol ini.

” Majlis Daerah Besut datang, memang aku salah. Memang kena buang balik bonggol tar ni. Tapi kemungkinan besar mak aku pun nak tutup jalan ini.

” Aku dan keluarga tak salah, tapi cikgu li dah melampau sangat sebab menularkan perkara ini.”

Beli tar buat bonggol guna duit I-sinar

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen seorang warganet mempersoalkan tindakan Roslam yang berhabis ribuan ringgit membeli tar bagi membuat bonggol itu.

Namun Roslam berkata, dia telah menggunakan duit yang diperolehi dari I-sinar dan melakukannya kerana terpaksa.

” Tu duit aku bulih KWSP I-sinar la bro.. Dan Aku oyak (bertahu) dah aku terpaksa buat. Mu pehe (faham) dok bro… Klu boleh aku tak nak wat pun,” balas Roslam.

Terdahulu kisah berkenaan jiran bina 11 bonggol tular di media sosial apabila satu perkongsian di Facebook yang ditulis oleh Cikgu Li sendiri telah menarik perhatian ramai.

Cikgu Li antara lain mengatakan dia dalam proses untuk membina jalan baru kerana tidak mahu terus bersengketa dengan jirannya itu.

” Saya terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang.

” Malas nak bergduh dengan orang g1la buat-buat ni. Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

” Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

” Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh, tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukan parang.

” Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain.

” Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi. Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi. Malas dah nak panjangkan cerita.” tulisnya.

Sumber:Nor Muhamad Roslam Harun dan Ahmad Fadzli Fauzi