
” Untung bape sen lah sangat meniaga tu, rakyat dah lah tgh susah dengan keje takde, lagi nak saman ke?”
Demikian reaksi segelintir warganet yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang mengenakan saman terhadap penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan sekiranya peniaga terbabit disabitkan ksIahan, mereka boleh didnda tidak lebih RM2,000.
Meskipun faham ramai yang mempersoalkan kenapa perlu saman peniaga ini kerana keuntungan diperolehi tidaklah seberapa, namun pihak polis berpendapat soal keselamatan paling utama.
Terdahulu empat penjaja jalanan di sekitar Taiping telah disaman polis, Rabu lalu, kerana menjalankan perniagaan dengan menyasarkan pemandu kereta berhenti di kawasan lampu isyarat.
Bagaimanapun sudah Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, peniaga terbabit sudah diberi amaran sejak Oktober lalu.
Menurutnya lagi, perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah antara perkara mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.
Susulan laporan diterima berikutan masih terdapat aktiviti perniagaan dijalankan di kawasan lampu isyarat, polis melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menjalankan Ops Penjaja Jalanan di sekitar Taiping pada 6 petang Rabu lalu.
” Hasil operasi itu, polis mengeluarkan empat saman ke atas empat penjaja berusia 18 hingga 22 tahun, yang menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat.
” Semua penjaja itu disaman di atas ksIahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dan jika disabit ksIahan boleh didnda tidak melebihi RM2,000.
” Polis turut memantau lokasi ini bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya dihubungi.
Terdahulu tular di laman sosial apabila polis Taiping mengambil tindakan dan mengeluarkan saman ke atas beberapa peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat di beberapa kawasan di Taiping.
Rata-rata netizen memberikan komen negatif susulan tindakan pihak polis yang dikatakan menghalang peniaga untuk mencari rezeki.
Bagaimanapun tindakan polis itu sebenarnya adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk penjaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim turut meminta penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat sekitar daerah ini diminta menghentikan kegiatan itu
Said berkata, individu yang melakukan ksIahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.
” Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu ksIahan. Jika disabitkan ksIahan boleh didnda tidak lebih RM2,000.
Elak kjdian kmIangan, boleh bah4yakan nywa orang lain
” Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kmIangan yang tidak diingini sehingga membah4yakan ny4wa penjaja dan pengguna jalan raya,” katanya tadi.
Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengeluarkan saman sekiranya tindakan dalam bentuk nasihat dan teguran tidak diendahkan.
” Operasi akan dilakukan secara berkala dan berterusan supaya penjaja mematuhi arahan serta undang-undang diberikan,” katanya.
Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat yang dipelopori golongan muda dilihat berleluasa di sekitar daerah ini.
Kebanyakan mereka menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 bagi setiap pek.