
” Kalau lapar, kita (orang dewasa) boleh tahan lagi. Kalau anak-anak kita lapar, itu perkara lain.”
Demikian kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang tampil membantu seorang wanita yang sebelum itu ditahan kerana mencu-ri di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, semalam.
Namun perbuatan wanita itu bukanlah kehendaknya. Dia melakukannya kerana terdesak hingga sanggup mencu-ri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya.
Itu adalah realiti kehidupan serta kesusahan hidup wanita tersebut yang mendapat perhatian sewajarnya.
Ezanee mencu-ri perhatian warganet apabila membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tndakan (NFA) atas jnyah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Menurut Ezanee, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencu-ri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
” Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencu-ri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.
” Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.
” Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada (plaster untuk kebah demam) untuk anak demam,” katanya kepada wanita itu.
Ezanee bercakap menerusi siaran langsung Facebook di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, memaparkan dia dan sekumpulan pegawai pergi melawat keluarga suspek di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan.
Polis membawa bersama bakul hadiah dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu.
Tidak ketinggalan, beberapa pek Kool Fever turut disumbangkan.
Kehadiran mereka menerima sambutan hangat daripada keluarga itu, terutamanya wanita dengan tiga anak yang masih kecil itu.
Suami kerja juruteknik, pendapatan terjejas truk kerana PKP
Ketika dihubungi kemudian, Ezanee berkata polis mendapat tahu lima sekeluarga itu sedang berdepan masalah kewangan. Suami suspek bekerja sebagai juruteknik lif, tetapi pendapatannya terjejas teruk gara-gara perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kata Ezanee, dia sudah menasihatkan wanita itu agar tidak melakukan jnyah lagi, dan meminta wanita itu meminta bantuan daripada pusat zakat terdekat atau daripada masjid.
Malah, katanya, jika keluarga itu berdepan dengan situasi terdesak, dia mengalu-alukan mereka datang ke balai polis.
Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.
” PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh ‘brain’ (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.
” Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus COVlD-19,” katanya.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu.
Sumber:hmetr0 dan maIaysiakini