Semasa

Dengar Jer Kontrak Ditamatkan Dan HotFM Kata Dia BersaIah, Ini Reaksi Shuk Sahar

Semalam, pengurusan stesen radio HotFM mengumumkan kontrak penyampai, Shuk Sahar yang sebelum ini diga.ntung kerja, berakhir pada Khamis, 18 Februari 2021.

Perkhidmatan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, sebelum ini diga.ntung pada 24 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pengurusan HotFM membuat sias.atan dalaman terperinci terhadap isu dirinya yang tular dalam media sosial.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, sia.satan dalaman mendapati Shuk mela.nggar kontrak perkhidmatan sebagai penyampai HotFM.

” Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di HotFM ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

” Ini diputuskan selepas selesai sias.atan dalaman yang mendapati berlakunya pela.nggaran terma perjanjian oleh Shuk, seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan beliau sebagai penyampai radio HotFM.” ujarnya.

Respon Shuk Sahar

Dalam perkembangan terbaru, Shuk telah diminta mengulas berhubung perkara itu itu.

” Saya okay dan terima keputusan HotFM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar mengenai penamatan kontraknya sebagai penyampai radio HotFM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik dibuat pengurusan stesen radio popular itu.

Bagaimanapun, Shuk ketika dihubungi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut dan meminta diberi sedikit ruang.

” Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat HotFM.

” Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pihak pengurusan Ripple mengumumkan perkhidmatan Shuk ditamatkan selepas tugasnya diga.ntung sementara pada 24 Januari lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, Sera mendedahkan Shuk masih lagi cur.ang bersama wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.

Sumber:hmetr0