
Semalam, terjawab teka teki mengenai hbngan antara kakak kepada pengacara popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan Engku Emran apabila mereka sah diijabkabul pada pagi Jumaat.
Hanya sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada Nabila dan Engku Emran!
Sejak semalam juga orang ramai cuba men’google’ bagi mencari siapa identiti sebenar lelaki yang berjaya menambat hati Noor Nabila dalam masa singkat itu.
Pihak Asia Kini kemudian membuat carian bagi mencari info yang tepat berkaitan Engku Emran dan di bawah ini adalah biodata, profil dan fakta menarik mengenai beliau.
Siapa Engku Emran?
1) Nama sebenar Engku Amran adalah Engku Emran Bin Engku Zainal Abidin dilahirkan pada tahun 1975 dan kini berusia 46 tahun.
Gambar- Engku Emran berdiri nombor 2 dari kiri?
2) Berdasarkan semakan di IG, beliau merupakan bekas pelajar di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 1988 di mana ketika itu beliau berusia 13 tahun.
3) Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan merupakan seorang Chief Executive Officer (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.
4) Namanya mula dikenali pada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, penyanyi dan juga bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007.
Erra Fazira adalah isteri pertama Engku Emran. Namun jodoh mereka tidak kekal apabila keduanya bercrai pada tahun 2014.
5) Selama 7 tahun bersama Erra, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.
6) Engku Emran sekali lagi mencuri perhatian apabila berkahwin dengan penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.
Hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercrai pada Julai 2020 lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
7) Berdasarkan kepada akaun Instagram, Engku Emran merupakan seorang penggermar aktiviti lasak, Triathlon dan pernah menyertai acara Iron Man Langkawi, 3 tahun lalu.
Iron Man memerlukan seseorang menghabiskan acara berlari, berenang dan berbasikal untuk sampai ke garisan penamat. Memang bukan calang-calang yang mampu mengharunginya.
8) Selain meminati bola sepak dan pasukan Manchester United, Engku Emran juga merupakan seorang peminat tegar sukan golf.
Tidak banyak info mengenai Engku Emran sebenarnya terutama berkenaan latar belakang keluarganya.
9) Namun menarik untuk dikongsikan adalah, Engku Emran mempunyai susur galur keturunan di raja Terangganu.
10) Beliau adalah anak saudara kepada Y.M Tan Sri Dato’ Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang berasal dari Besut, Terengganu.
Almarhum Engku Ibrahim Engku Ngah meninggI dnia pada 2012, sering muncul di kaca televisyen RTM dan TV3 untuk mengumumkan tarikh penting kepada rakyat Malaysia tentang bila permulaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
Sumber:IG narmeukgne dan wikipedia (rujuk Engku Ibrahim Engku Ngah)