Selamat Pengantin Baharu NeeIofa Dan Haris, Semoga Berkekalan Hingga ke Jannah

MeIeraikan segala teka-teki umum, selebriti popular NeeIofa akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini.

BerIokasikan sebuah hotel terkemuka di ibu negara, NeeIofa atau nama sebenarnya Noor NeeIofa Mohamad Noor, 32, dan Haris Ismail,26,  disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah.

Mnurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, bekas pengacara MeleTOP itu dan kekasih hatinya diijabkabulkan hari ini sekitar pukul 10.30 pagi.

” Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga NeeIofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes itu membuat kejutan pada 15 Oktober tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk berniqab.

Tidak sampai sebulan kemudian, wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengejutkan ramai apabila dirisik Haris yang juga bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) itu pernah mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

Sumber:k0smo