Jangan Asyik Baca Line Kau Je. Bila Takde Scene Sibuk Dengan Telefon Update IG – Sheila Mambo

Penddahan pelakon senior Rusdi Ramli mengenai sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar buat hal sendiri semasa di set penggambaran turut menarik perhatian rakan selebriti lain antaranya Sheila Mambo.

Berstuju dengan pandangan Rusdi itu, Sheila atau nama sebenar Rusilawati Hasan, 58, berkata pelakon baharu haruslah memandang serius mengenai kerjaya lakonan selain memiliki semangat kerja berpasukan.

” Setuju! (tak semua). Semua yang datang disediakan pembantu, tawaran kerja pengurus yang dapatkan.

” Kerja jadi lambat sebab tunggu dia orang hafal skrip dan faham kehendak cerita atau watak. Apabila tak ada scene sibuk dengan telefon update Instagram dan media sosial.

” Bukan nak duduk tengok macam mana kerja otai-otai atau cara pengarah kerja tapi demand (bayaran)? Hebat! Sebab tahu stesen nak dia orang!

” Tolonglah hormati set lakonan dan team kerja, bukan sekadar datang bawa makanan tajaan, cukup syarat terlibat dalam penggambaran.

” Baju dah disiapkan sebab dia orang jadi leading. Yang artis lama pandai-pandailah korang (anda) nak hidup… kadang-kadang ada sponsor baju dan kadang-kadang diabaikan,” katanya.

Sheila Mambo berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi Instagram dengan memuat naik semula klip video laporan mStar membabitkan pelakon Rusdi.

Pada Rabu lalu, Rusdi berkata suasana pelakon di set penggambaran kini sudah berbeza jika dibandingkan kira-kira 10 tahun lalu.

Ini kerana menurut Rusdi ada segelintir pelakon baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara mereka kurang mesra.

Rusdi bagaimanapun akur dengan perubahan corak bekerja sekarang berbanding dengan zaman kegemilangannya dahulu.

Sementara itu, pelakon drama Sang Pewaris ini menasihati pendatang baharu supaya mengikuti kelas lakonan dan menghormati kerjaya sebagai anak seni.

” Pesanan saya buat la homework. Pendatang baharu kena faham kehendak skrip dan jalan cerita, jangan asyik baca line kau je…

” Dalam set pengarah tak ada masa nak mengajar, pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

” Saranan saya eloklah mereka pergi buat sekurang-kurangnya kelas lakonan asas yang diiktiraf oleh Finas dan Seniman. Secara tak langsung dapat membantu pihak tenaga pengajar menjana pendapatan.

” Tunjuk kelayakan, sijil yang diiktiraf… nak masuk kerja bidang lain pun kena ada kelayakan. Seni ni halus, kena hormati apa jua kerja.

” Bukan kerana famous with follower, kalau nak jadi actors be a good one!” ujarnya.

Sheila mula diperkenalkan ke persada seni pada lewat 1980-an menerusi dunia seni suara.

Antara filem lakonan beliau ialah Idola, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali. Selain watak komedi, lakonan dramatik Sheila dalam drama Perempuan Seorang Sutradara pada tahun 2002 pernah mendapat pujian.

Beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).

Pada tahun 2003 beliau pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan berkesan dalam filem Diari Romeo.

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Sumber:mstar