
” Cashier didakwa biad4b dengan customer, siap sindir tiada cash?”
Demikian perkongsian di laman facebook Niaga Kini yang tular di media sosial bersama 2 gambar kjdian yang dipercayai berlaku di sebuah premis makanan.
Menurut Niaga Kini, kjdian berpunca apabila seorang pelanggan cuba membuat bayaran menggunakan debit card namun tidak berjaya dan pekerja kaunter telah meminta pelanggan untuk membayar secara tunai.
MsaIah kemudian timbul apabila kebetulan ketika itu pelanggan tidak membawa wang tunai mencukupi.
Bagaimanapun pelanggan menerima respon tidak dijangka dari pekerja kaunter terbabit yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada pelanggan.
Seperti yang dikongsikan oleh pelanggan, pekerja tersebut berkata, “Takkan RM100 pun takde dalam wallet!”
Susulan dari kjdian itu, pelanggan terbabit berkongsi perkara itu di media sosiaI bagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya dan meminta agar pihak premis perniagaan memahami situasi pelanggan.
” Cik mulut elok sikit ye! Masalah tak boleh guna card adalah masalah korang bukan customer. Mintak maaf je lah elok-elok ada masalah sikit.
” Tak payah marah customer takde cash! Boleh pulak sindir customer ‘takkan 100 pun xde dalam wallet..
” Ye memang dalam wallet aku takde RM100. Yang ada RM5 dan seringgit-seringgit. Start PKP aku dah amalkan NO CASH di tempat awam macam ni. Nasib baik member ada cash “
Sementara itu pihak Niaga Kini berkata, cashier ni kira macam ‘front desk’ kepada sesebuah kedai, pasaraya. Bukan setakat terima duit beri barang, tapi kena pentingkan interaksi dengan customer.
Ingat, setiap apa yang kita buat, bagaimana layanan kepada pelanggan melambangkan syarikat kita, jaga nama baik tempat kita bekerja.
Reaksi warganet
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan respon mengec4m tindakan pekerja terbabit yang disifatkan tidak mesra pelanggan.
Warganet turut berpendapat isu msaIah teknikal kerosakan mesin debit atau kredit kad tidak seharusnya berlaku di premis-premis perniagaan terutama premis terkenal.
Malah kebanyakannya juga telah berkongsi pengalaman serupa apabila turut mengalami situasi sama di mana pelanggan dipaksa membayar menggunakan wang tunai kerana kerosakan mesin kad.
Lebih memaIukan, ada premis diibaratkan seperti kedai kampung tepi jalan apabila tidak menyediakan wang baki.
” Cashier tahun 90 la ni, jangan ingat orang takde cash takde duit oi. Skang zaman digital, kad ajaib jangan pandang sebelah mata..” tulis Rafizan
” Saya baru baru ni nak swipe kat 7e… Tetiba sistem dia tak approved. Pastu dia boleh cakap pulak. “Kak selalunya jadi macam ni baki kredit takde”. Sentap ui customer ramai tengok.. Saya pun cakap… “Ooo yeke”.. Malas nak layan,” luah Kamal.
” Pernah kena kat ken## ##gers Port Dickson. Dah tanya dulu masa tu sebelum masuk makan, boleh bayar guna kad tak, lepas tu dia kata boleh. Bila dah makan semua, masa nak bayar, tiba-tiba dia kata tak boleh bayar. Mesin rosak. Terpaksa pusing PD cari ATM,” kata Pajie.
Sumber:FB Niaga kini dan olahan Asia Kini