Semasa

‘Bulan Lepas Adalah Perbualan Terakhir Kita’ – Luahan Azhan Rani Susulan Pmergian Makcik Petir

Industri hiburan seni dan drama tempatan hari ini dikjutkan dengan berita sedih berhubung pmergian pelakon veteran, Noryati Taib kira-kira pukul 2 pagi Rabu.

Noryati yang lebih dikenali sebagai Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya meninggI dnia pada usia 63 tahun.

Berita berkenaan disahkan anak saudaranya yang juga pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat menerusi perkongsian di Instagram.

” Dukacita nak bagitahu semua mak saudara saya, Mak Uda Yati atau Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghmbuskan nfas terakhirnya pukul 2 pagi tadi.

” Bagi semua peminat Mak Uda Yati marilah kita sama-sama doakan agar r0h beliau dirahmati Allah, dihimpunkan beliau dalam kalangan mereka yg soleh.

” Sudi apalah kiranya dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib. Semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” katanya.

Allahyarham Noryati menghdap kncing mnis sebelum kesihatannya meroso.t apabila disahkan positif COVlD-19 pada awal Februari lalu.

Berita itu disahkan oleh Shahrulezad di Instagram miliknya.

Noryati turut dikenali dengan gelaran Makcik Marry popular menerusi drama Sindarela, Syurgamu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Pemergian Noryati turut ditangisi rakan-rakan selebriti yang turut berkongsikan gambar kenangan dan momen ketika sama-sama bekerja dalam sesebuah produksi.

Jnzah Allahyrham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Perjiranan 9, Pasir Gudang jam 9 pagi dan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kebun Teh Johor Bahru.

Azhan Rani ucap takziah

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, pelakon terkenal Azhan Rani telah menitipkan doa dan meminta orang ramai untuk mendoakan arwh.

” Innalillahiwainnailahirojiun..

” Terkejut dengan berita ini namun Allah lebih menyayanginya. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampunkan segala dosa2nya dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

” Salam takziah juga buat Shahrulezad serta seluruh ahli keluarga. alfatihah.” tulis Azhan.

Dalam perkongsian berasingan, Azhan Rani turut berkongsi kenangan beliau bersama arwh.

Menurutnya, beliau sempat berbual di telefon bulan lalu dan tidak menyangka ia adalah perbualan terakhir dengan arwh.

” Selamat kembali ke negeri abadi mak uda yati. kami akan menyusulimu pula nanti. terima kasih atas segala budi baik, kasih sayang dan kemuliaan mak uda kepada kami.

” Juga terima kasih atas segala sumbanganmu sepanjang menjadi anak seni. semoga diampunkan segala dosa2 dan diberi tempat terbaik bersama orang2 yang beriman.

” Telemovie #pulang (2012) adalah kerjasama pertama kita sementara drama siri #nur2 (2019) adalah kerjasama terakhir kita.

” Panggilan telefon bulan lepas adalah perbualan terakhir kita. mak uda yati akan terus dalam kenangan dan doa mereka2 yang menyayangimu. in shaallah.

Sumber:mstar dan IG Azhan Rani