Semasa

Cerita Sbenar Rider Foodpnda Ditmpar Tauke Kedai Tapi Menikus Bila Brader Pergi Hadap Depan2

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah ibu bapa yang acap kali berkongsi tentang pekerjaan-pekerjaan yang mereka harap akan diceburi anak-anak mereka.

Dari situ, kanak-kanak mula mengenali kerjaya seorang doktor, guru, peguam dan sebagainya. Kemudian pula, mereka akan berkongsi dengan teman-teman lain tentang cita-cita masing-masing.

Bagaimana pula jika anak anda bertanya sekiranya dia boleh menjadi seorang penghantar makanan kelak?

” Jangan, jangan kerja seperti ini. Pekerjaan itu untuk mereka yang tak belajar dan mereka yang baru keluar penjara,” itulah jawapan seorang ibu ketika beliau dan anaknya berada di dalam sebuah lif di Causeway Point, bersama seorang penghantar makanan Foodpanda.

Semestinya, kata-kata seperti itu menyinggung perasaan seseorang yang sedang bekerja mencari sesuap nasi.

Dengan lebih ramai orang kini terpaksa duduk rumah, khidmat penghantaran makanan kian menjadi pilihan sekali gus memacu permintaan yang semakin tinggi.

Bagaimanapun, pekerja penghantaran makanan malangnya tidak meraih sepenuhnya manfaat daripada permintaan yang meningkat itu.

Kerja yang nampak r.emeh tapi sebenarnya bermacam c.abaran yang perlu dihadapi, dengan cuaca yang tidak menentu,belum lagi ditambah dengan sikap pelanggan mahupun vendor.

Hari ini tular satu video memaparkan seorang rider yang telah dit.ampar oleh seseorang ketika sedang mengambil pesanan pelanggan.

Video yang berdurasi hampir seminit itu menunjukkan walaupun telah dit.ampar namun rider tersebut kelihatan masih s.abar dan tenang.Namun percakapan antara dia dengan tuan kedai agak kurang jelas.

Kejadian yang dikatakan berlaku di kota damansara itu berlaku p.uncanya adalah kerana rider tersebut dapat order serentak 8 order sekaligus.

Menurut pengguna fb yang bernama Ari Yatie lagi, rider tersebut telah lama menunggu dari jam 6.30pm sehinggalah pukul 8 malam namun yang siap baru 2 order saja.

Selepas itu dikatakan tuan kedai bising dan menyuruhnya menghantar dulu 2 pesanan tersebut. Namun abang rider memberitahu tidak boleh membuat penghantaran selagi kesemua order belum siap sepenuhnya.

Sejurus itu kelihatan vendor mencampakkan makanan itu ke lantai dan cc menghubungi vendor mengatakan rider tidak mahu membuat penghantaran. Dan semasa abang rider itu sedang membuat penjelasan tiba-tiba satu pen.ampar jantan hinggap kepadanya.

Menurut netizen lagi abang rider itu seorang yang berstatus OKU.

Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen b.engang dengan tindakan tuan kedai tersebut yang dilihat sungguh k.urang ajar dan berlagak dengan rider.

Ada juga yang memberikan pengalaman yang b.uruk semasa makan dikedai tersebut.

Individu prihatin pergi jumpa tauke kedai

Dalam satu perkongsian lain pula beberapa individu telah pergi berjumpa dengan pemilik premis terbabit bagi bertanyakan vdeo yang tular itu.

Tidak dapat dipastikan maklumat mengenai perbualan individu yang bertemu pemilik kedai itu, namun yang nyata dapat dilihat reaksi muka pemilik kedai yang seakan ‘menikus’.

Semoga ia jadi pengajaran buat pemilik kedai di luar sana agar tidak melakukan perkara diluar batasan kepada rider2…

Sumber:trendingsangat