‘Ditanya Mana Pasangan, Dia Tunjuk..’ – Petugas JAWI Dedah Cerita Sbenar Pemuda Masuk Ruangan Nikah

Semalam, tuIar di mdia sosiaI kisah seorang pemuda yang memasuki ruang akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum berzikir dan mengaji dengan kuat.

Susulan dari itu, wakil JAWI telah menceritakan kisah lanjut mengenai pemuda berkenaan yang dipercayai mengalami tekana.n prasaan aki.bat ptus cinta.

” Kata salah seorang petugas kami, dia berusaha menenangkan pemuda tersebut, sempat bertanya nama dan tujuan dia datang, katanya dia datang untuk bernikah.

” Bila ditanya mana pasangan, dia tunjuk isyarat tangan, tiada. Lihat pada raut wajahnya, dia dalam keadaan tertekan.”

Bagi membantu pemuda itu, petugas mereka telah membacakan ayat ruqyah dan mengajak pemuda itu berwuduk.

” Petugas kami kemudian membacakan ayat-ayat ruqyah dan membawa dia berwuduk dan memberi minum segelas air.

” Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semoga pemuda tersebut terus kuat dan cekal. InsyaAllah, Allah tidak menguji di luar kemampuan hambanya.”

Terdahulu, tndakan seorang pemuda yang memasuki ruang majlis akad nikah di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur dengan berkaki ayam dan bersendirian pagi tadi menimbulkan pelbagai persoalan.

Lebih mengejutkan, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu dilihat terus duduk di pelamin sebelum mengalunkan zikir istighfar dan mengaji dengan nada suara yang kuat.

Tndakan berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan kakitangan Jawi di tingkat 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga itu sebelum mereka bertndak mendekati dan menenangkan lelaki berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Gambar lelaki berkenaan yang sedang ditenangkan dua pegawai keselamatan Jawi turut dikongsi menerusi laman Facebook jabatan itu hari ini.

Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang dihubungi Kosmo! berkata, dia antara orang terawal yang mendekati lelaki berkenaan.

Katanya, selepas didekati, lelaki itu sedang duduk di atas kerusi yang dikhaskan untuk bakal pengantin lelaki bagi upacara akad nikah sambil mengalunkan zikir istighfar.

” Saya ada bertanya nama dan tujuan dia datang ke sini namun, dia hanya mengangguk dan tidak menjawab sebaliknya terus berzikir.

” Saya kemudian membacakan ayat penenang dan minta lelaki itu mengambil wuduk sebelum memberikan dia segelas air,” katanya menerusi perbualan singkat dengan lelaki itu seperti seolah-olah dia baharu putus cinta.

Jelasnya lagi, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum lelaki itu dibawa keluar oleh dua anggota polis sejam kemudian bagi tndakan selanjutnya.

Sementara itu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi satu perkongsian di laman Facebook turut mendoakan pemuda terbabit.

” Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.”

” Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

” Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Sumber:k0smo