
Sebelum ini, nama Amal Syahmina pernah menjadi sebutan warganet di me.dia sosIal apabila dikaitkan dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz sekitar November lalu.
Tenang menjalani kehidupan, setiap posting dimuat naik Amal di laman Instagram pasti dihujani dengan pelbagai komen positif daripada pengikutnya.
Baru-baru ini menerusi sekeping gambar, wanita itu dilihat tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga sehingga meraih lebih 18,000 tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen pula, terdapat segelintir warganet menitipkan d0a agar Amal bertemu jod0h dengan lelaki yang baik sekali gus mendapat kebahagiaan yang diimpikan.
Selain itu, rata-rata memuji penampilan dan kecantikan wajah wanita tersebut yang dikatakan hampir seiras dengan penyanyi yang juga anggota BLACKPINK, Jennie
Kecantikan dan kebijaksaan bekas kekasih PU Riz curi tumpuan
Setelah di perhatikan laman media sosial Amal Syahmina, rupanya netizen baru tahu bahawa Amal Syahmina ini merupakan graduan undang-undang dan kini bekerja sebagai seorang peguam.
“Done stalk ig. Allahu, manis, family hebat2, tudung labuh pakaian sopan, education background bagus, pandai bake. Lengkap.”
Seorang netizen di Twitter telah mengaku bahawa dia telah mengikuti akaun Instagram bekas kekasih PU Riz ini dan Amal juga sebenarnya adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman kerana mempunyai latar pendidikan yang bagus, menutup aurat dan sebagainya.
Rata-rata netizen mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup. Netizen juga berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.
Seorang pengguna media sosial ada memuat naik satu status mengenai gambar-gamabr lama bekas kekasih PU Riz.
Menurut beliau, wanita tersebut mempunyai pakej yang lengkap. Gambar-gambar lama wanita tersebut dengan keluarga Pu Riz juga masih tersimpan di IG beliau
” Tngok ig bekas ex Pu riz tadi ,, seriusly cantik juga orgnya , pandai masak, muka pun manis , berpendidikan pula tu, budak undang2 ni gais bukan kaleng2 pendek kata Full pakej.
” Dekat ig dia tadi, masih banyak gambar dia dgn Family Pu dtg rumah beraya, dgn adik beradik Pu lagi,
” Mmg patut lah dia rasa kecewa sbb sgt drastik. Klu PU riz pilih lofa tak mengapalah insyallah akan ada yg lebih baik, drp Pu riz.
” Tak semestinya seorang yg hebat dtgnya dari seorang ustaz atau PU.
” Yang hebat adalah cara si dia menghargai awak dan menyintai awak, dan bimbing ke syurga Siapa yg pernah merasai dan faham akan mendoakan awak
Sebelum ini pernah tular bila SEORANG wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada Pencetus Ummah (PU) Riz tampil menulis surat terbuka selepas menerima pelbagai kec4man kerana mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Amal Syahmina menulis kenyataan di Instagram bagi membersihkan nama setelah pelbagai berita tidak benar mengenai dirinya berlegar di media sosial.
Mengakui kesilapan kerana muat naik di Instastory baru-baru ini, Amal berkata dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukvm terhadap seseorang yang cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Dalam pada itu, netizen percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.
Memang tak jemu mata memandang! Yang pasti, setiap insan harus yakin dan percaya bahawa jod0h dan pertemuan itu adalah di tangan Allah SWT.
Terdahulu nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.
Bekas kekasih PU Riz mohon maaf – “Kita tiada hak untuk hukvm niat seseorang”
” Surat terbuka untuk saya dan mereka yang prihatin. Satu-satunya sebab saya buat ini kerana nak ‘move on’ dan pelbagai benda berlegar di alam maya membuatkan saya kurang selesa.
” Saya tidak akan bercakap lagi mengenai ini dan ingin membersihkan nama saya.
” Ya, saya mengaku salah kerana bitter. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukvm niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Amal tulis surat terbuka di Instagram.
” Saya sepatutnya bertindak dengan cara lebih baik. Saya ada alasan tersendiri untuk berasa sed1h. Apapun saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” tulisnya.
Sementara itu, Amal mendedahkan hubungannya dengan bekas kekasih terjejas selepas kehadiran orang ketiga.
” Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.
Amal mengenali PU Riz sejak lima tahun lalu.
” Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan dan saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya.
” Saya sentiasa percaya ketentuan Allah… ada hikmah masa akan datang!
” Saya tidak pernah menyesal mengenalinya. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amal berkata dia menerima pelbagai sindiran daripada netizen yang berlagak seolah-olah mengetahui apa yang berlaku dalam hubungannya dengan bekas kekasih itu.
” Ada yang datang kepada saya menyndir dan memberitahu saya tidak cukup baik.
” Hentikan ini. Anda bukan orang yang jalinkan hubungan dengannya selama lima tahun, bukan yang rapat dengan keluarga saya.
” Yang paling penting, anda bukan orang yang berjanji kepada saya dan keluarga bahawa awak akan berkahwin dengan saya. Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri,” akhiri beliau.
Sumber:trendingsangat