
Sejak pagi ini tular di media sosial adik kepada Allahyrham Achik Spin, Khalis dikhabarkan sedang s.akit ketika ini dan sedang menerima rwatan di Hspital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, abangnya dikejarkan ke hspital pada Rabu malam.
Bagaimanapun Tajul ketika dihubungi enggan memberitahu pnyakit yang dihiidapi Kalis atau Muhammad Khalis Md Shari, 33.
” Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung s.akit abang saya.
” Dia s.akit sejak empat atau lima hari yang lalu. Kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hspital,” katanya kepada mStar.
Keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanda selepas satu akaun Facebook berkongsi foto bekas vokalis kumpulan The Real Spin itu.
Menerusi foto berkenaan kelihatan dia didukung oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dibawa ke hospital.
Wajah Khalis kelihatan pucat selain keadaan fizikal yang cengkung. Bercerita lanjut tentang keadaan terkini Khalis, Tajul, 23, berkata abangnya dalam keadaan baik dan stabil.
” Sekarang keadaan abang saya masih okay, doktor tengah monitor je,” ujarnya.
Selain itu Tajul meminta agar orang ramai mendoakan agar abangnya dapat pulih seperti sedia kala.
” Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia.
Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak berusia dari 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dibelanya sejak kecil.
Tak kisah kerja pak guard
” Saya seorang ketua keluarga dan bersama isteri, membesarkan tujuh anak iaitu Muhammad Zaidy, 17: Siti Rusnaida Umierah, 14: Rozanna, 12: Muhammad, 9: Siti Nurisyah, 6: Natasya Farhana, 17 dan Nurul Syafiqah, 14.
” Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara sendiri iaitu anak kakak ipar yang kematian suami
” Saya amat bahagia mempunyai keluarga besar ini dan tak pernah anggap satu beban untuk menyara mereka,” katanya kepada HarianMetro.
Mengulas mengenai pekerjaannya, Khalis mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta pada Februari lalu.
” Ia cadangan daripada abang sepupu saya sebagai cara saya mencari pendapatan sampingan.
” Saya bersetuju kerana saya perlu berdikari dan bukannya anak bujang yang ditanggung oleh ibu bapa.
” Lagipun bukan selalu saya terima undangan menyanyi dan apa salahnya saya memenuhi masa dengan bekerja daripada terbuang begitu sahaja,” katanya.
Kisah Khalis yang pernah bergelar penyanyi kumpulan Real Spin mula viral apabila videonya sedang bertugas disiarkan secara live di Facebook pada April lalu.
” Semuanya berlaku secara spontan apabila seorang rakan memuat naik video yang dirakamnya.
” Mulanya saya ingat video biasa untuk dihantar kepada kawan-kawan di WhatsApp tapi rupanya dia buat live di Facebook.
” Nak tak nak orang dah tahu kerja sebenar saya dan saya tak perlu marah.
” Saya tak kisah nak buat kerja apa pun termasuk berniaga di pasar malam untuk cari rezeki buat keluarga,” katanya yang memilih bekerja syif biasa sebagai pengawal keselamatan.
Dia sebaliknya mengambil kesempatan itu apabila mengadakan sesi nyanyian secara live ketika sedang bekerja kepada peminat.
” Setiap kali buat live, tontonan semasa saya mencatat jumlah 2,000 peminat. Ini cara saya berinteraksi dengan peminat dan apabila tamat sesi live, saya berjaya dapat lebih 100,000 tontonan keseluruhan
” Tapi sesi live ini bukan dibuat setiap masa dan dibuat ikut masa tertentu sahaja,” katanya.
Khalis kini tampil secara solo menerusi single berjudul Selalu Rindu bersama syarikat Solaris Music Entertainment.
Kumpulan Real Spin yang popular dengan lagu Semakin Rindu ambil keputusan berehat buat sementara waktu kerana komitmen anggotanya terhadap kerjaya dan keluarga
” Kami tak berbalah dan lagu single terbaru ini juga juga ciptaan anggota The Real Spin,” katanya.
Adik Khalis iaitu Tajul juga aktif sebagai penyanyi dan popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu.
Sumber:two-e.kisah (rom king) dan mstar