
” Saya dengan seikhlas hati memohon maaf…”
Itu kata-kata pengacara popular NeeIofa, 32, yang tampil memohon maaf berhubung dua isu mengenai dkwaan peInggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama suami PU Riz, 26, baru-baru ini.
Menurut NeeIofa, selepas timbul pelbagai spkulasi susulan dua isu terbabit yang tular, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku, sebaliknya menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan dan tndakan yang bakal dikenakan pihak berkuasa.
Tambahnya, dia dan suami serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah hadir ke Balai PoIis Dang Wangi, di sini, untuk memberi keterangan dan membantu siasatan polis.
” Saya dan suami pergi awal minggu ini, manakala keluarga suami hadir beberapa hari lalu dan ahli keluarga saya selesai memberi keterangan hari ini. Alhamdulillah kami semua sudah selesai memberi keterangan.
” Kalau kita lihat ada banyak versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini. Jadi, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun di luar pengetahuan saya berhubung dua isu ini.
” Saya dan suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya menerusi satu kiriman vdeo kepada HarianMetro.
Menurut NeeIofa, dia mengakui kurang snsitif berhubung isu-isu yang berlaku terhadap dirinya.
” Saya sekali lagi nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti mengenai hal ini terhadap semua pihak. Saya akui ada banyak perkara saya terlepas pandang.
” Sepatutnya saya beri contoh yang lebih baik mengenai hal itu.
” Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga bulan mulia ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua.
” Sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan mendapat ketenangan serta keberkatan, Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasangan terbabit akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan mereka ke Langkawi melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
NeeIofa melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Isu perlanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
NeeIofa atau Noor NeeIofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris Ismail, 26, dikatakan terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal.
Ketika di sana NeeIofa ada berkongsi video dan foto melakukan aktiviti berkaitan perlancongan termasuk menaiki jet ski melihat keindahan alam semula jadi di pulau peranginan itu..
Mengulas mengenai perkara itu Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan pasangan itu sebahagian daripada urusan perniagaan yang dimaksudkan.
” Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.
” Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
NeeIofa dan Riz melangsungkan pernikahan pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis serba putih yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, penganjur perkahwinan serta pembantu peribadi NeeIofa turut dipanggil bagi memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung majlis pernikahan pasangan popular itu yang dikatakan tidak mematuhi SOP.
Sumber:hmetro dan mstar