‘Cinderella Akhirnya Bertemu Jodoh’, Haliza Misbun Kini Isteri Orang, Terima Hantaran Sebuah Rumah

Hanya sekali lafaz, aktres Haliza Misbun, 48, sah bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, jam 5.25 petang ini.

MemiIih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon mencipta populariti menerusi drama Cinderella pada 1990-an itu.

Majlis akad nikah Haliza dan suami berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pada majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu. Haliza menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tiga daripada pengantin lelaki.

Psangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Crai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin.

” Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

” Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

” Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah,” katanya kepada BHOnline.

Haliza berkata, hubungannya dengan suami sudah terjalin sejak empat tahun lalu.

” Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.

” Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun mnjalin hbungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hbungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

” Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.

Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.

Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.

” Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pndemik COVlD-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.

Sekilas info Haliza Misbun

Dilahirkan pada 15 Mei 1972, Haliza Misbun merupakan pelakon berbakat besar yang menempa nama pada era 1990an. Bakat pemenang anugerah pelakon terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa ini mula dikesan oleh pelakon dan pengarah veteran terkenal Rahim Razali. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular tahun 1998.

Beliau dilamar untuk menyertai siri TV Naik Tangga Turun Tangga bersama Rubiah Suparman, Hani Mohsin dan Azwan Ali pada tahun 1990 ketika baru berusia 18 tahun.

Rahim seterusnya menyunting Haliza untuk membintangi filem arahannya yang berjudul Abang 92.

Popularitinya mencapai kemuncak apabila muncul dalam drama bersiri Cinderella terbitan Kuasatek Pictures bersama Ahmad Idham pada tahun 1998.

Mencecah usia 30 tahun, Haliza lebih memfokuskan kepada bidang penerbitan menerusi produksinya Halle Pictures. Banyak produksi yang diterbitkannya seperti Roy Rohaya, Kembalikan Amanda dan filem Andartu Terlampau.

Haliza pernah beberapa kali mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Villa Murni (2001), Lebih Bisa Dari Jelatang (2006) dan Kembalikan Amanda (2008).

Pada tahun 2005 beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin Angkasa menerusi drama arahan Erma yang berjudul Sumaiyah.

Dalam pada itu beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di Universiti Islam Antarabangsa. Sejak itu kelibatnya di kaca TV menjadi agak eksklusif kerana tidak lagi kerap seperti di era 1990an.

Haliza merupakan bekas kakak ipar kepada pelakon dan rocker terkenal Awie setelah superstar itu mengahwini adiknya Rozana Misbun sebelum bercrai pada 2015. Seorang lagi adik Haliza iaitu Amanda Misbun juga bergelar pelakon.

Sumber:bharian dan wikipedia