
Nama Cik B mula dikenali ramai disebabkan kekerapan ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mempromosikan anak-anak di laman Instagram (IG).
Mnerusi IG usahawan berasal dari Kelantan itu, perlahan-lahan Cik B mula mencipta pengikutnya yang tersendiri.
Bahkan, dalam usia 15 tahun Cik B pantas mencipta nama sebagai selebriti. Bermula sebagai pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, Cik B mengorak langkah setapak apabila mencuba nasib dalam dunia nyanyian menerusi single berjudul Tolonglah.
Remaja dari Ipoh, Perak itu kemudian menawan hati penonton dengan lawak spontan menerusi program Muzikal Lawak Superstar, namun nasib tidak menyebelahi kumpulan ABC yang disertai bersama Chiwan dan Achok tersingkir.
Bagaimanapun, perjalanan kerjaya Cik B dalam bidang seni terus mekar apabila menjadi pilihan Astro sebagai duta Skuad Lembaran Baharu Astro.
Perlantikannya bagi mempromosikan saluran satelit berkenaan sepanjang Ramadan membuatkan timbulnya pertkaian adakah anak ketiga dari empat beradik itu menggunakan kabel ibunya untuk memperoleh pelbagai peluang?
Cik B menafikan, mendapat peluang bergelar duta disebabkan menggunakan kabel ibunya, sebaliknya apa yang diperoleh atas potensi dirinya.
” Saya tidak mampu menidakkan, populariti yang diraih atas bantuan mama. Jika tidak kerana mama, tiada siapa yang mengenali saya.
” Ada juga mendakwa disebabkan kekayaan mama, saya mudah mendapat tawaran lakonan dan menyanyi kerana mama mempunyai kabel.
” Sedangkan, segala tawaran yang diterima bukanlah melalui mama, sebaliknya hasil usaha saya. Jujurnya, saya lebih selesa berdiri atas kaki sendiri,” kata Cik B kepada BH Online.
Seakan sudah lali menjadi bahan pertikaian, Cik B berkata, dia malas terlalu mengambil tahu kcaman netizen terhadap dirinya. Ini termasuk keputusannya bergelar penyanyi rap.
Cik B berkata, dia tahu ramai yang menge.cam kononnya dirinya tidak layak untuk menyanyi, tetapi tidak salah mencuba sesuatu yang baharu.
Akuinya, hatinya terguris ketika dike.cam, namun bingkas bangun daripada kekecewaan.
” Saya sedar ramai mengeca.m suara saya menyanyi rap. Saya ada tanya pendapat mama mengenai suara saya. Mama kata suara saya sedap.
” Tetapi mama meminta saya menurunkan berat badan jadi lebih mudah untuk menyanyi.
” Mulanya saya agak tertekan apabila dikeca.m, tetapi saya tidak pendam perasaan kecewa terlalu lama. Sebaliknya saya mahu membuktikan saya mampu menyanyi dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu baru-baru ini, Cik B yang menganggotai kumpulan ABC, merayu supaya netizen berhenti menyalahkan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida atas kekalahan mereka di pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung minggu lalu.
Sebagai seorang anak, sudah pasti Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, terkesan dengan keca.man yang dilontar netizen terhadap ibunya.
Menurut Cik B, bidang seni bukanlah lapangan kerjaya buat ibunya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
” Jangan kcam mama saya… Sebab mama saya kepala dia itu perniagaan, kerjayanya bukan dalam bidang lawak.
” Jadi agak sukar bagi dia untuk dia membuat lawak. Kita melawak atas pentas ini bukan macam kita melawak dekat Insta Story atau Instagram.
” Jadi untuk semua netizen…. Please… Please jangan salahkan mama saya atas tersingkirnya ABC.
” Itu dah tertulis setakat itu rezeki kita. Saya percaya rezeki ada di mana-mana untuk kami kumpulan ABC.
” Mama gementar dan mama juga tak sihat. Jadi saya minta tolong sangat-sangat dengan netizen jangan…. Janganlah kcam mama,” katanya kepada Gempak.
Sumber:bharian