Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Kenali Siapa Young Syefura. Dari Gadis Biasa Kini Bergelar YB

Hanya sekali lafaz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bergelar isteri kepada Muhammad Edrin Nordin, pada Sabtu.

Psangan yang berpakaian sedondon dalam persalinan putih itu dinikahkan bapa Young Syefura dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian.

Mmetik laporan Harian Metro, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 32, berkata, majlis berkenaan berlangsung di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan rapat.

” Alhamdulillah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan.

” Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, di ruangan Twitter, pasangan itu dilihat menikmati bulan madu dan menghabiskan masa bersama di sekitar ibu kota.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus duda itu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu.

Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016, namun pasangan itu bercrai talak satu pada 7 Mac 2019.

Siapa Young Syefura?

Nama Rara atau Young Syefura Othman, 32, sudah semakin dikenali. Bukan sahaja kerana pesona wajahnya namun sisi hebat wanita anggun ini berpidato.

Tiada siapa menafikan kehadiran Rara dalam kancah poIitik begitu mencuri perhatian lantaran keputusan besarnya menyertai parti yang didominasi kaum Cina, DAP.

Perjalanan poIitiknya bagaikan direstui apabila beliau diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum tahun lalu.

” Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan, kini saya sedang memenuhi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat,” katanya.

Ketepikan seketika soal poIitik. Rara yang hadir memenuhi temu janji Inspirasi Femina baru-baru ini berkongsi sisi lain dirinya yang ramai tidak tahu. Beliau sungguh sporting menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan. Ikuti wawancara kami bersama beliau.

1) Boleh Yang Berhormat (YB) ceritakan bagaimana boleh terjebak dalam dunia poIitik?

Sebenarnya, poIitik tidak jauh dengan saya dan keluarga kerana ibu dan bapa mempunyai latar belakang dalam arena poIitik. Mereka pernah terlibat sebagai aktivis Pas. Bila ada pilihan raya, ceramah atau program, saya selalu ikut mereka.

Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia poIitik tanah air. Jiwa saya begitu membara ketika Perhimpunan Bersih 2.0. Saya fikir kenapa perkara ini berlaku? Bermula dari situ, terdetik untuk mahu tahu lebih jelas tentang isu sebenar.

Bagaimanapun, ketika itu saya masih bergelar pelajar, terpaksa pendam dahulu hasrat untuk menceburkan diri dalam dunia poIitik.

Beberapa tahun kemudian, ketika saya bersama abang membuka Klinik Rawatan Alternatif (bekam dan akupuntur), saya mula berjinak-jinak. Saya ada masa sendiri dan kemudian terbabit sebagai aktivis.

2) YB memiliki Diploma Kejururawatan, tidakkah YB rasa rugi apabila bidang yang diceburi berbeza dengan latar belakang pendidikan?

Tidak sekali-kali. Kedua-dua bidang ini saling ada kaitannya. Ketika saya jadi jururawat, saya memang mudah simpati dengan orang susah dan orang sakit. Saya akan jaga mereka dengan baik hingga mereka keluar hospital.

Dalam poIitik pun sama. Kita nak pastikan polisi-polisi yang baik untuk mereka, lebih-lebih lagi mereka yang betul-betul perlukan perhatian kita.

Jadi, benda itu tak lari jauh pun, konsepnya hampir sama iaitu kita nak rawat orang sakit dan membantunya. Begitu juga dengan poIitik, saya bantu orang juga. Lebih-lebih lagi yang susah.

3) Dunia poIitik perlu pengorbanan yang besar dari segi masa dan tenaga, adakah pernah YB terfkir untuk berpatah balik sebagai orang biasa?

Sebenarnya, saya seorang yang lasak dan aktif, memang tak boleh duduk diam. Bidang poIitik memang kena dengan jiwa saya. Saya suka pergi ke tempat-tempat yang tak pernah saya pergi. Ya, memang saya pernah pusing semua negeri cuma kawasan pedalaman memang tak pernah.

Saya akui ada orang cakap, wanita kalau muka cantik lebih baik jadi model daripada wakil rakyat. Kecantikan terlalu subjektif, ya. Itu tambahan sahaja.

Bila terlalu penat, kadang-kadang terlintas juga di fikiran ‘penatnya kerja jadi wakil rakyat sebab kerja tak habis-habis’. Apalagi bila kena mrah dengan orang ramai.

Selain itu, saya akan cari masa untuk hiburkan diri sendiri sepertimana wanita lain sama ada tengok wayang, pergi membeli belah, buat rawatan kuku dan sebagainya.

Ya, saya akan curi masa untuk diri sendiri. Biasanya saya akan ambil cuti sehari untuk diri saya. Saya tak nak sebarang gangguan atau berjumpa sesiapa pada hari berkenaan.

4) Boleh kongsikan jadual harian YB sejak bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu?

Jadual telah disusun lebih awal oleh pembantu bagi memudahkan pergerakan saya. Jadualnya berbeza setiap hari. Seperti juga wakil rakyat lain, ada program bermula pagi, kadang-kadang lewat malam baru habis.

Setiap Jumaat pula ada program ziarah kasih yang mana saya akan pergi lawat orang sakit dan susah. Jika ada kelapangan, saya pergi jumpa penduduk dan lawat kawasan. Dua minggu sekali saya akan buka kaunter bergerak bagi memudahkan penduduk Ketari mengadu masalah masing-masing.

Tambahan lagi perlunya kaunter bergerak ini kerana kawasan saya besar dan kedudukannya jauh dari bandar. Pejabat saya di bandar. Jadi, saya yang perlu jumpa penduduk bukan mereka yang datang kepada saya.

Bila musim buah, pelbagai jenis buah-buahan saya dapat. Penduduk Orang Asli betul-betul meraikan dan menghargai saya. Itu saya tak boleh lupa sampai bila-bila.

Jika tak jadi ahli poIitik, mungkin akan jadi Bomba

5) Jika tidak bergelar wakil rakyat, siapa YB sekarang?

Ketika di bangku sekolah, saya sangat aktif dengan Kadet Bomba. Ya, saya suka sangat dengan badan beruniform. Bagi saya, orang yang pakai uniform segak.

Selepas tamat persekolahan, saya pernah belajar bidang kejururawatan dan pernah bertugas sebagai jururawat peribadi.

Namun, sekejap sahaja. Andaikata saya ditakdirkan tidak menjadi jururawat dan ahli poIitik, mungkin saya sudah jadi bomba. Saya memang minat dengan kerjaya ini.

Kadang-kadang terdetik juga di hati, rasa penatnya jadi wakil rakyat kerana kekangan masa dan tenaga sehinggakan saya pernah meluahkan rasa itu kepada rakan-rakan.

6) Dari segi kesihatan pula, bagaimana YB mengurus diri?

Seperti wanita lain, saya juga ada amalkan pengambilan vitamin seperti minyak kelapa dara dalam bentuk pil untuk menambahkan tenaga. Sebenarnya, saya bukan jenis yang rajin bersukan tetapi saya ada berlari dan hiking bagi mengeluarkan peluh.

Kalau tanya pasal kecantikan, sukar saya nak jawab sebab saya paling malas nak cuci muka. Biasanya, program yang saya hadir tengah malam baru habis. Saya akan penat dan bila sampai rumah terus tidur tanpa membersihkan muka.

7) Dalam kesibukan sebagai wakil rakyat, bagaimana YB membahagikan masa di antara tugas, rakan baik dan keluarga?

Soal pembahagian masa tiada masalah buat saya. Biasanya, bila saya ada di kawasan, saya akan tumpukan sepenuh perhatian untuk penduduk dan masalah yang timbul. Saya ada dua rumah masing-masing di Bentong dan Kuala Lumpur.

Bila saya ada di Bentong, ibu bapa saya kerap datang dan kami akan habiskan masa bersama-sama. Cuma saya jarang balik ke kampung ibu bapa di Durian Tunggal, Melaka. Ibu bapa saya sangat memahami, mereka tak kisah jika saya bawa mereka ke program dan sertai aktiviti di kawasan saya.

Sumber:gempak dan sinarharian