‘Ini Antara Saya Dengan Allah’ – Tahun Ketiga Berhijab, Niat Suci Dato’ Ifa Raziah DipersoaI

Tahun ketiga bertudung pada bulan Ramadan, penyanyi dangdut Ifa Raziah memberitahu dia sememangnya mengambil kesmpatan untuk merebut pahala pada bulan mulia ini.

Meskipun niatnya itu dipersoalkan segelintir pihak, namun Ifa berkata, apa juga ibadah yang dilakukan adalah urusan dia dengan Allah.

” Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala.

” Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain very the jahil, very the buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.

” Orang selalu cakap, dah elok berjubah, berhijab… tiba-tiba dah habis raya habis syawal buka balik, benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah” katanya kepada mStar.

Tambah Ifa, dia tidak mahu bersifat h.ipokrit dalam isu membabitkan agama dan hanya menjadi diri sendiri.

Katanya lagi, banyak komitmen berkaitan kerja seni yang masih menjadi kekangannya untuk terus berimej muslimah.

” Benda yang saya tak pernah lakukan dahulu, saya dah buat dah sekarang..plan2.. Saya tak nak plastik, propa cakap kat orang yang saya sudah baik, saya sudah solat dan pasti masuk Syurga.

” Rezeki yang saya dapat sekarang ini semua datang daripada Allah, semua daripada izin-Nya.”

Siapa Ifa Raziah

Saripah Raziah Mustapha dilahirkan pada 22 September 1975, juga dikenali sebagai Miss Diva dan mendapat jolokan “Diva Dangdut Malaysia” kerana populariti lagu “Ser…Ser…Ser…”.

Merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik, Ifa berdarah kacukan Melayu-Arab dan beliau dibesarkan di Flat Pekeliling Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Semasa di bangku sekolah, Ifa juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sukan kerana beliau sememangnya aktif dalam sukan di sekolah dan ingin menjadi peguam. Di samping itu, beliau juga bersekolah bersama dengan Erra Fazira dan Umie Aida.

Ifa juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan. Di samping itu, beliau juga turut sinonim dengan moto ‘Sukerr..Banggee..’ dan ‘Pukpukpukk’.

Sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanahair sejak 1996, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana merupakan selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori baru iaitu Artis Versatil Popular di ABPBH29.

Beliau turut berjaya mengulangi semula kejayaan kemenangan bagi kategori tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.

Pada tahun 2016, Ifa dilantik sebagai Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.

Dapat gelaran Datuk

Paling mencuri tumpuan, Ifa menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2016.

Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut Ifa , darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari 2016 itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

” Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

” Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Ifa Raziah diminta komen berhubung isu itu selepas ia diperkatakan dalam forum hiburan di internet.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia menerima gelaran tersebut sebagai satu penghormatan terbesar buat dirinya.

Sumber:mstar