Cerita Sbenar Pengantin Lelaki Hanya Brseluar Pendek Semasa Brsanding, Ada Kisah Sdih Disebaliknya

Beberapa hari lalu tular di di Twitter gambar sepasang pengantin dari Indonesia yang bersanding di atas pelamin namun pengantin lelakinya hanya mengenakan seluar pendek.

Pengantin lelaki dari daerah Lengkong, wilayah Jawa Timur, Indonesia itu mengejutkan netizen apabila dia duduk di pelamin dengan tidak berbaju dan berseluar pendek.

Bukan itu sahaja, ia turut memperlihatkan pengantin lelaki tersebut mengenakan anduh pada sebelah tangannya, selain kelihatan beberapa balutan pada bahagian lengan dan kaki.

Siapa sangka pada hari bahagia, si pengantin lelaki harus menerima kenyataan bahawa dia perlu bersanding dengan isteri tercinta dalam keadaan badannya sebegitu.

Foto majlis perkahwinan lelaki itu serta pasangannya tular di laman Twitter dan meraih lebih 10,000 tanda ‘like’ setakat semalam.

Gambar itu menunjukkan pengantin lelaki berkaki ayam duduk tersenyum di atas pe­lamin. Tangan kirinya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster luka agak besar pada bahu kirinya.

Tidak lama selepas foto itu dimuat naik menerusi akaun Twitter Br0wski, ia lantas menjadi viral sekaligus mengundang tanda tanya ramai, apa sebenarnya yang dialami pengantin lelaki tersebut.

Kesan luka yang hampir sembuh turut jelas kelihatan di sekitar lutut, betis dan lengan kanan lelaki itu.

Menurut laporan Kompas.com, pengantin lelaki itu terlibat dalam kmIngan empat hari sebelum majlis perkahwinannya.

Pengantin perempuan, Elinda Dwi Kristiani, menjelaskan suaminya terjatuh daripada motosikal empat hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.

” Suami saya Suprapto terlibat dalam satu kmIangan ketika dia keluar membeli petrol. Dia tiba-tiba hilang kawalan lalu dia jatuh dari motosikal.

Menurutnya lagi, suaminya tidak dapat mengenakan persalinan perkahwinan kerana baharu menjalani pembdahan bahu.

” Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembdahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi.

Elinda berkata, pada hari kejadian, suaminya dalam perjalanan membeli petrol sebelum pengsan secara tiba-tiba menyebabkan dia terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya.

” KmIngan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” jelasnya.

Melihat pelbagai komen di Twitter dan Instagram, ramai ntizen meluahkan rasa kasihan dengan keadaan pengantin lelaki.

Dia tidak memakai baju persalinan pengantin. Dia hanya kelihatan memakai seluar pendek berwarna merah. Ada kalung bunga melati yang menghiasi lehernya.

Keadaan ini kelihatan membimbngkan. Dia duduk bersebelahan dengan wanita pujaannya. Sementara itu, pengantin perempuan masih memakai gaun pengantin dalam bentuk kebaya tradisional.

Dia kelihatan cantik duduk di lorong yang dihiasi dengan bunga.

Namun ada juga berpendapat biarpun tidak nampak se­gak dan bergaya, pengantin lelaki itu menerima pujian n\tizen yang menyifatkannya sebagai seorang yang bertanggungjawab.

” Hebat kerana jujur dan bertanggungjawab kepada majlis dan keluarga,” komen seorang pengguna.

” Mungkin ini disebut menikah kerana kmIngan,” gurau seorang lagi.

Sumber:k0smo dan tribunews