
” Satu pengorbanan besar, sampai m4ti pun saya tidak dapat balas apa yang dia beri kepada saya. Cuma saya doa supaya Allah SWT menempatkannya di syurga nanti.”
Itu kata-kata pelakon Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy yang terharu dengan pengorbanan yang dilakukan isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 36, yang mendrmakan buah pnggang kepada suaminya.
Kedua-dua pasangan itu bakal menjalani pembdahan pemndahan buah pnggang di Hspital Selayang pada Khamis ini.
Along Eyzendy disahkan mngalami ker.osakan buah pinggang sebelah kiri yang hanya 19 peratus berf.ungsi sejak tahun 2019 ketika menjalani pemriksaan kesihatan.
” Isteri membuat keputusan mahu mendrmakan buah pnggangnya kepada saya selepas doktor memaklumkan cara terbaik untuk menyemb.uhkan pnyakit saya adalah dengan melakukan pemndahan buah pnggang.
” Isteri saya telah menjalani pemriksaan dengan pihak hspital yang mengambil masa kira-kira setahun sebelum dipastikan sihat spenuhnya dan boleh mendrma buah pinggang kepada saya,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurutnya, dia kini telah ditempatkan di wad sejak kelmarin bagi persediaan menjalani pembdahan, manakala isterinya pula akan dimasukkan ke hospital hari ini.
” Keadaan kesihatan saya sekarang baik, cuma doktor meminta saya masuk wad awal sebab mahu melakukan pemantauan,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Ditanya sama ada terdapat mana-mana pihak yang menghulurkan sumbangan, Along Eyzendy berkata, setakat ini tiada mana-mana pihak yang tampil berbuat demikian.
” Namun, saya pun sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa bantuan.
” Saya cuma mahu berkongsi cerita dengan mereka yang menghidap pnyakit yang sama, bukannya meraih si.mpati untuk meminta sumbangan,” ujarnya.
Sementara itu, Hamidah memberitahu, dia mahu membantu suaminya bagi memudahkan Along Eyzendy mencari rezeki.
” Sebelum ini, Along terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana terpaksa menjalani rwatan diaIisis buah pnggang. MsaIah ini telah menyebabkannya kcewa kerana itu adalah mata pencariannya.
” Jadi, saya mahu memberi sokongan kepada suami supaya dia kekal positif. Saya harap pembdahan akan berjalan lancar,” ujarnya.
Sekilas info Along Eyzendy
Mohd Eyzendy bin Mohd Aziz atau lebih terkenal sebagai Along Eyzendy dilahirkan pada 12 Oktober 1979.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Kerjaya lakonannya bermula pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan.
Tiga tahun kemudian, beliau muncul dalam drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusof dan Salina Saibi.
Pada tahun 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.
Along memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof, diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.
Kedua-dua filem ini ditayangkan pada 2011.
Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013.
Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.
Selain sebagai pelakon, Along berkhidmat sebagai pensyarah untuk Teater Tradisional Makyong di ASWARA.
Sumber:k0smo