Semasa

‘Kalau Hujan Renyai Saya Redah Saja’ – Cucu Bekas MB Terengganu Jadi Pnghantar Makanan Berbasikal

KeIibat seorang remaja perempuan berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lalu sering mencuri perhatian penduduk sekitar di sini.

Kgigihan Wan Nabihah Hannah Wan Abdul Hakim, 19, yang sanggup berpanas dan berhujan dengan berbasikal dalam memastikan pesanan pelanggan dihantar tepat pada masanya, amat dikagumi pelanggan kerana tidak ramai remaja perempuan mahu melakukan kerja sebagai penghantar makanan.

Namun menariknya, identiti sebenar Wan Nabihah Hannah akhirnya terbongkar, baru-baru ini dan ramai tidak menyangka beliau adalah cucu kepada bekas Menteri Besar (MB) Terengganu, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

la susulan bapanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih iaitu Wan Abdul Hakim memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai usaha anak perempuannya itu.

Sewaktu dihubungi Bernama, Wan Nabihah mengakui tujuannya bekerja sebagai penghantar makanan adalah mencari duit poket dan memperoleh pengalaman baharu sepanjang cuti semester ketika ini.

” Saya pilih menjadi penghantar makanan kerana tertarik dengan masa bekerja yang fleksibel. Oleh kerana tiada lesen motosikal, saya gunakan basikal sahaja untuk memudahkan pergerakan.

” Alhamdulillah pendapatan dalam tempoh seminggu kerja saya lakukan boleh dapat lebih RM500.

” Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki halal asalkan tidak terlalu memilih pekerjaan,” katanya yang ketika ini sedang mengikuti pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di Taylor’s College di kampus Lakeside, Subang Jaya, Selangor.

Ank keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sentiasa memakai krim pelindung matahari serta cermin mata hitam untuk melindungi kulit wajahnya ketika berbasikal memandangkan banyak tempahan makanan dilakukan antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

” Kalau hujan renyai pula, saya redah sahaja dengan memakai jaket dan memperlahankan kayuhan kerana jalan agak licin.

” Tapi, kalau hujan terlalu lebat terpaksa berhenti sekejap cari tempat berteduh yang sesuai,” katanya.

Ditnya mengenai reaksi ibu bapanya memandangkan latar belakang keluarga mereka sebagai ahli politik dan arwah datuknya adalah bekas menteri besar Terengganu, Wan Nabihah Hannah berkata, ia bukan halangan malah keluarganya memberi sokongan agar beliau belajar berdikari serta merasai kesusahan dalam mengharungi cabaran hidup.

” Perasaan malu sebab pandangan orang lain mesti letak ke tepi dan paling penting kita mesti percaya dengan kemampuan diri sendiri.

” Percaya juga yang apa kita buat sekarang ini mungkin akan jadi inspirasi kepada orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.

” Sebagai remaja, mempunyai duit poket hasil titik peluh sendiri adalah satu kepuasan sebenarnya.

” Saya menggunakan sebahagian wang itu untuk dilaburkan semula demi perancangan kewangan masa depan,” katanya yang berehat seketika dari menghantar makanan sepanjang Ramadan ini.

Smentara itu, menerusi kiriman di laman Facebook. Wan Abdul Hakim mengenai anaknya itu mendapat banyak komen positif memuji semangat dan kegigihan Wan Nabihah Hannah kerana sanggup keluar dari zon selesa demi mencari rezeki dengan kudratnya sendiri.

Rmai tidak menyangka remaja yang pernah menghantar makanan mereka sebelum ini, adalah anak dan cucu kepada tokoh politik yang dihormati kerana banyak jasa dilakukan untuk rakyat selama ini.

PeIayar Facebook berharap usaha Wan Nabihah Hannah itu akan menjadi teladan baik kepada remaja lain dan pada masa sama memuji corak didikan diterapkan Wan Abdul Hakim ke arah melahirkan generasi muda berkualiti dan rajin berusaha tanpa jalan singkat.

Sumber:hmetro