
Perkongsian vdeo seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Juzailah Shariff yang membawa ibunya pergi menjenguk ke sebuah kawasan perumahan mewah telah menarik perhatian warganet.
Juzailah berkongsi video reaksi ibunya apabila dihadiahkan sebuah rumah banglo di kawasan elit tersebut selepas puluhan tahun tinggal di rumah flat.
Menurut Juzailah, ibunya yang juga seorang ibu tunggal telah membesarkan mereka empat beradik dengan kudratnya dari mereka kecil sehingga sudah berjaya.
Justeru, kejutan tersebut sebagai satu bentuk penghargaan buat ratu hati mereka selepas empat tahun membina empayar perniagaan.
” Ya allah selamat ummi takde apa apa
” Bismillahirrahmanirrahim…
” Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg..
” Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
” Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal.
” Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini. Terima kasih ummi,” tulisnya di Instagram beliau.
Walau bagaimanapun, ketika ibu mereka masuk ke dalam rumah baru, suasana sedikit panik apabila wanita itu tiba-tiba rebah. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu Juzailah menghidap pnyakit jntung.
” Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!
” Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..Ummi pula ada skit jntung, jntung pkai bateri dan drah tnggi.
” Ya Allah bayangkan mcm mana berderau drah saya! Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik tu!
” Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?
” Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa”
” Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dkt flat sbb ramai kwn2, senang nak gi terawih dan mengaji.
” Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah tu terlalu banyak memori dan kenangan.
” Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini..
” Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi
” Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…
” Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.” akhiri Juzailah.
Sehubungan perkongsian tersebut, ramai yang tersentuh hati menonton video yang berdurasi dua minit enam saat itu di Instagram Juzailah Shariff kerana dapat merasai betapa bersyukurnya seorang ibu apabila dihargai oleh anak-anak.
Mereka juga berharap agar dapat melakukan perkara sama seperti usahawan tersebut dan sama-sama berdoa agar terus dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
https://www.youtube.com/watch?v=Uaq8YfpO9pI
Sumber:ohmymedia