
Jnzah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggI dnia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebvmi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada jam 2.45 petang tadi.
Jnzah Allahyrham tiba di makam diraja pada 1.30 tengah hari selepas dimandi dan dik4fankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jnzah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.
Turut berangkat ke upacara pengebvmian itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor; Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.
Abdul Rahman meninggI dnia kerana sak1t tua di kediamannya di Sksyen 13 pada 3.40 pagi.
Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan salam takziah kepada Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.
” Patik mewakili seluruh rakyat Selangor mendoakan semoga r0h Allahyrham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan d0sa dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al-Fatihah,” katanya. – BERNAMA
Terdahulu, perkhabaran duka itu telah dimuat naik di laman Instagram SelangorRoyalOfficial.
Ayahanda kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Baba telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 bersamaan 8 Ramadan 1442H kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam.
Allahyrham berusia 89 tahun dan meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan semasa hayatnya Allahyrham pernah berkhidmat bersama Askar Melayu berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.
Jnzah Allahyrham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Luluh lihat tangisan seorang ‘puteri’
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan takziah buat Tengku Permaisuri Norashikin.
Malah ramai berasa cukup sebak melihat beberapa foto Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak henti mengalirkan air mata dan setia ditemani suami, Sultan Sharafuddin di sisi sepanjang upacara pengebvmian.
Mengenakan pakaian serba hitam, Tengku Permaisuri Norashikin dilihat beberapa kali mengesat air matanya dan Sultan Sharafuddin turut kelihatan sebak ketika melihat jnzah dikebvmikan.
” Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Allahu akbar luluh hati lihat wajah Permaisuri Norashikin.. Masih teringat2 melalui saat kehilangan ayah masa pkp last year. Sakitnya kehilangan org yg kita sayang utk selamanya.” tulis Aida.
” Tangisan seorang puteri buat arwh ayahanda tercinta. Terasa air mata turut sama mengalir bila lihat Permaisuri Norashikin menangis.. semoga tabah dengan ujian ini..Al fatihah.” tulis Izzati.
” Tak sanggup tengok Permaisuri menangis.. semoga Permaisuri kuat… Sembah Takziah buat DYMM Tengku Permaisuri Selangor serta DYMM Tuanku Sultan atas kemangkatan Allahyrham. Al-Fatihah.” tulis Fazira.
Sumber:bharian dan IG SelangorRoyalOfficial.