
” Ada yang nak bayar RM150 saja. Paling tervk RM100 pun ada!” kata penyanyi Ameng yang kcewa dengan segelintir penganjur yang menawarkan harga murah untuk persembahan artis.
Pnyanyi kumpulan Spring ini berkata, mereka menggunakan alasan penularan COVlD-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan berbuat demikian.
” Memang tak dinafikan harga untuk persembahan sekarang agak merudum hingga penganjur nak bagi bayaran sagu hati yang sangat tak munasabah.
” Paling tak logik, sebuah agensi kerajaan mahu menganjur majlis Makan Malam Tahunan seluruh zon di selatan tanah air, tapi nak bayar RM500 saja.
” Bayangkan sampai begini sekali mereka sanggup.
” Namun saya tak salahkan mereka kerana ada juga artis yang sanggup ambil bayaran sebanyak itu,” katanya ketika ditemui di majlis D’Haja Private Hi Tea Reward Premium Stockists & Agents 2021, baru-baru ini.
Menurut Ameng, artis yang kurang mendapat tawaran, tiada pilihan sehingga terpaksa menerima berapa saja harga yang ditawarkan.
” Secara tidak langsung, artis ini sendiri yang mengajar pihak terbabit yang anggap semua artis sama dan mudah setuju dengan tawaran mereka.
” Dalam hal ini, saya beruntung kerana kenal dengan pemilik D’Haja. Saya terbabit dengan program anjuran mereka di seluruh negara.
” Mereka langsung tak pertikai harga yang saya letakkan. Nampak yang dia sangat menghormati golongan artis,” katanya.
Selain itu, Ameng turut memaklumkan ada juga syarikat produksi yang cuba menggunakan artis apabila menawarkan harga rendah untuk penggambaran.
” Bayangkan program mengenai diari kehidupan iaitu satu tajuk yang besar dan tayangan selama satu jam pula.
” Penggambaran mengambil masa sehari suntuk tapi bayaran cuma RM1,000 dan ia sangat tak berbaloi.
” Saya memang tolak tawaran itu, tapi yang tak seronoknya mereka akan anggap saya pula yang ‘demand’,” katanya.
Ameng berkata, dia akan meneliti terlebih dulu bentuk persembahan dan bayaran sebelum memberikan persetujuan.
” Sekiranya program untuk anak yatim atau nak kutip dana saya boleh faham, tetapi kalau buat acara yang besar dan bayaran untuk penyanyi murah memang ia sesuatu yang tak wajar.
” Semua orang tahu, kalau acara besar pasti bajetnya pun besar. Jadi, takkan nak bayar murah kepada penyanyi,” katanya.
Sekilas info Ameng Spring
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air.
Beliau yang berasal dari Besut, Terengganu memulakan kariernya bersama Kumpulan Spring sebagai vokalis dan telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian lebih daripada tiga puluh tahun.
Album pertama Spring yang dikeluarkan pada tahun 1991 telah mencatatkan jualan yang kurang memberangsangkan memandangkan mereka masih baru dalam industri.
Namun, ia tidak mematahkan semangat beliau dan anggota Spring yang lain, sebaliknya mereka telah diberi peluang kedua oleh Sony Music untuk menghasilkan album kedua pada tahun 1992.
Berbekalkan lagu Sampai Hati yang juga judul album kedua Spring, nasib Ameng dan anggota Spring yang lain berubah sekelip mata apabila lagu ciptaan M. Nasir dan lirik ditulis oleh Juwie mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bukan itu sahaja, lagu tersebut juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu ’93 & Pujaan 10 Nescafe.
Sejak itu, populariti Spring meningkat secara mendadak sekaligus menjadikan Spring sebagai kumpulan rock yang terkenal, sebaris dengan kumpulan rock yang lain seperti Search, Wings, Mega, Iklim dan lain-lain.
Ameng pernah mendirikan rumahtangga dengan dramatis dan penerbit terkenal, Zaidah Awang atau dikenali dengan nama A. Aida pada tahun 1993.
Hasil perkahwinan tersebut, Ameng dan A. Aida dikurniakan dua orang anak perempuan bernama Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha sebelum mereka bercrai 10 tahun kemudian.
Mereka pernah bercrai dan rujuk sekali pada tahun 2001 sebelum kembali bercrai pada tahun 2004.
Ameng kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan pilihan hatinya, Sabariah Zakariah yang kini merupakan pengurusnya. Ameng dan Sabariah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Wan Ammar Haikal dan perkahwinan mereka bertahan sehingga kini.
Sumber:hmetro dan wikipedia