‘Maaf, Makcik Tknak Menantu Keje Kilang’ – Dihiina Ibu Bekas Pakwe, Gadis Move On Bakal Nikah Tentera

Ramai orang selalu berkata, “Kita manusia semua sama. Taraf kita serupa, kedudukan kita serupa. Darjat kita semua tiada bezanya.”

Namun, realitinya tidak ramai yang benar-benar berjaya mempraktikkan apa yang disebutkan, sehingga menyebabkan wujud jurang besar dalam kalangan masyarakat kita apabila kita bercerita tentang kerjaya.

Itulah yang dialami oleh seorang gadis yang berkongsi kisah bagaimana taraf pekerja kilang sepertinya begitu dipandang hiina.

Menghitung hari untuk bergelar isteri, seorang gadis meluahkan rasa syukur apabila masih ada insan yang sudi menerima dirinya setelah melalui pengalaman dihiina oleh keluarga bekas kekasih sebelum ini.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Faten Syazwani mengakui kcewa apabila sumber rezeki sebagai pekerja kilang dipandang rendah oleh ibu bekas kekasihnya.

Masih terngiang2 apa yang mak dia cakap…

” Maaf la dik, makcik tak nak menantu kerja kilang. Nanti cucu makcik semua takde pelajaran,” kata ibu kepada lelaki berkenaan.

Luka di hati siapa yang tahu, sejak berlaku pristiwa itu, Faten atau mesra disapa Ateyn mula mengambil keputusan bagi menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

” Aku buat dia bnci aku. Aku langsung tak cerita pasal mak dia hina aku. Walau macam mana pun, aku tak nak dia benci mak dia,” katanya.

Kini, gadis berusia 24 tahun itu teruja untuk mendirikan rumah tangga dipercayai bersama seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Sahrizal selepas melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu juga, Faten bersyukur kerana keluarga bakal suami menerima dia seadanya tanpa memandang jenis pekerjaan sebaliknya ikhlas atas dasar cinta.

” Alhamdulillah, lagi beberapa hari aku bergelar isteri orang. Keluarga bakal suami terima aku seadanya, mak dia dah anggap aku macam anak sendiri,” ujarnya.

 

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai pendapat dan juga berkongsi pengalaman peribadi mereka berkenaan kisah menimpa Faten.

Menurut mereka, meskipun sudah tahun 2021, namun tak sangka masih ada stigma terhadap mereka yang bekerja dalam sektor tidak popular seperti pekerja kilang.

Malah menurut mereka, zaman kini pekerja sektor perkilangan turut diisi oleh graduan yang mempunyai kelulusan tinggi seperti ijazah, bahkan ada yang mempunyai ‘master’.

” Mak cik ..sekarang ada ijazah pun kerja kilang … enginer pun berlambak kat kilang .. hina ker kerja kilang?” tulis Shamsul Sohor.

” Tu zaman 30 tahun dulu…saya pernah merasa… pedihnya. alhamdulillah dah 29 tahun suami kerja kilang. Kami sekeluarga bahagia, rezeki melimpah ruah. rezeki milik Allah.” tulis Sifu Ekudz

” Makcik tatau kaa kerja kilang untung masa depan? Kwsp belambak akan dpat. Bonus sepanjang tahun . Kja kilang nie laa nk bg anak makcik mkn mewah2 . Adoiiii susah btoi mentality camni. Pelajaran tdak kena mengena pun. Ntah la pening pkiaq” tulis Anip Wor

Sumber:ohmymedia