
Pnyanyi rap popular, Caprice menyatakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger yang tular apabila dikenakan kmpaun RM5O,OOO.
Pniaga burger tersebut dikenakan kmpaun oleh pihak poIis kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan pada Ahad.
Caprice yang menghubungi peniaga tersebut yang dikenali sebagai Faisal telah menyatakan hasratnya dan sedang menunggu persetujuan lelaki tersebut.
” Alhamdulillah guys kita dapat contact Abe Faisal.
” Kalau esok Abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kmpaun RM5O,OOO yang dia kena bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” katanya.
Caprice berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik temubualnya di dalam telefon bersama peniaga burger tersebut.
Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota poIis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.
Ramai pihak mahu bantu
Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.
” Sejak tular kisah kami dikenakan kmpaun RM5O,OOO semalam, saya terima panggilan telefon tanpa henti dari pelbagai pihak yang mahu membantu saya dan suami.
” Alhamdulillah, saya tidak sangka ramai yang prihatin dengan masalah menimpa kami,” kata Norlaili.
Menurut Norlaili, ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan kewangan, namun setakat ini dia dan suami membuat keputusan tidak menerima sebarang bantuan itu memandangkan jumlah kmpaun yang dikenakan belum diputuskan.
” Namun, ramai pelanggan burger kami yang sudah memasukkan wang kerana mereka adalah pelanggan tetap dan sudah mempunyai akaun bank kami.
” Saya dan suami bersyukur kerana kisah yang tular itu menyebabkan ramai pihak mahu membantu kami termasuk mahu menyediakan khidmat peguam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang sudah berniaga burger sejak 16 tahun lalu berkata, dia dan suami sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah pagi tadi untuk memohon rayuan bagi mendapatkan pengurangan kmpaun.
” Ketika kami membuat rayuan, pegawai di Pejabat Kesihatan memaklumkan rayuan kami akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dan sehingga kini saya tidak tahu berapa jumlah kmpaun yang perlu dibayar.
” Disebabkan itu, saya dan suami tidak mahu mengambil sebarang bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, sebelum kami mengetahui jumlah kmpaun yang perlu dibayar.
” Apa pun saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sanggup menghubungi kami sehingga lewat malam,” katanya.
Norlaili berkata, sekiranya jumlah kmpaun dikurangkan kepada RM25,OOO sekali pun sudah tentu dia dan suami tidak mampu membayarnya kerana hasil pendapatan mereka selama ini hanya dengan menjual burger.
” Sebelum ini kami berniaga dengan menumpang kedai makan di Tanjung Chat, namun selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, kami menutup gerai dan berpindah berniaga di depan rumah.
” Saya akui kesalahan berniaga lebih waktu, namun saya juga mahu menjelaskan ketika kejadian tiada pelanggan dan kami juga tidak membuka meja sepanjang PKP. Kami hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pelanggan,” katanya.
Media semalam melaporkan, Wan Mohd Faisal meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dikenakan kmpaun RM5O,OOO oleh pihak poIis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Dia yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, memaklumkan didatangi beberapa anggota poIis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.
PoIis kemudian mengeluarkan kmpaun RM5O,OOO bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh PKP.
Sumber:gempak dan bharian