
Lagi sekali hari ini nama NeeIofa tular di semua platform media sosial. Kisah perkahwinan yang dikatakan langgar SOP akhirnya tamat.
Umum mengetahui, Noor NeeIofa Mohd Noor telah dikenakan kmpaun sebanyak RM20 ribu kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.
Menerusi Facebook NeeIofa, dia mengetahui dan sudah dimaklumkan mengenai kmpaun yang dikenakan terhadapnya dan suami iaitu PU Riz.
” Assalamualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya saya sudah dimaklumkan tentang kmpaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
” Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kmpaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang dipersetujui oleh pihak berkuasa.
” Ia juga menjadi peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.” tulisnya
Menurut NeeIofa, dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kesnya.
Tambahnya, dia ingin memohon maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian mereka yang terlibat.
Dalam pada itu semalam tular di media sosial dimana seorang peniaga burger yang menjual di depan rumah dikmpaun RM50 ribu kerana berniaga melebihi had waktu dibenarkan
Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap pihak berkuasa.
Tapi apa kena mengena abang burger dengan NeeIofa?
Satu posting telah dimuatnaik oleh NeeIofa dengan kapsyen “moreh burger malam ni meh”. Kenyataan itu dibuat oleh NeeIofa di instagram beliau ketika tular kisah abang burger dikmpaun.
Walaubagaimanapun posting itu telah dipadam tetapi netizen sempat mengambil gambar layar tersebut.
Netizen terus mengaitkan dengan kmpaun yang NeeIofa terima. Adakah ianya satu kebetulan yang NeeIofa mahu makan burger?
Sementara itu menerusi semakan di IG, status tersebut telah pun dipadam.
Rupanya NeeIofa nak bantu abam burger
Namun, NeeIofa telah memuatnaik satu perkongsian terbaru di mana beliau memberi reaksi balas terhadap salah faham yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.
Sebaliknya NeeIofa menegaskan beliau sebenarnya berniat untuk membantu membayar kmpaun tersebut bagi pihak peniaga burger terbabit.
” Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik..sebelum saya muatnaik gambar (burger) itu, peguam saya telah berhubung dengan abang burger tu.
” Kami juga ada menghubungi pihak polis untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang kmpaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah… Salam” tulis NeeIofa.
Terdahulu penyanyi rap popular, Caprice menyatakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger yang tular apabila dikenakan kmpaun RM5O,OOO.
Peniaga burger tersebut dikenakan kmpaun oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan pada Ahad.
Caprice yang menghubungi peniaga tersebut yang dikenali sebagai Faisal telah menyatakan hasratnya dan sedang menunggu persetujuan lelaki tersebut.
” Alhamdulillah guys kita dapat contact Abe Faisal. Kalau esok Abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kmpaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” katanya.
Caprice berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik temubualnya di dalam telefon bersama peniaga burger tersebut.
Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.
Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.
Difahamkan, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger.
Sumber:IG NeeIofa