
Isu membabitkan peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir yang dikenakan kmpaun RM5O,OOO, warganet di pelbagai platform meluahkan rasa kcewa dan terkiIan atas tndakan pihak berkuasa.
Meskipun jumlah itu bukanlah muktamad dan peniaga terbabit masih boleh membuat rayuan, namun rata-rata berpendapat tndakan pihak berkuasa mengenakan kmpaun itu tidak seharusnya berlaku ‘at the first place’.
Majoriti warganet merasakan pihak berkuasa seharusnya menggunakan akal fikiran dan budi bicara sebelum mengambil tndakan.
Tidakkah mereka terfikir walau sekelumit di dalam benak mereka bahawa peniaga itu berniaga cukup sekadar untuk beri makan anak bini dan bukannya untuk pergi Mekah balik hari.
Susulan dari itu juga, seorang penyampai berita Astro Awani iaitu Luqman Hariz menjadi tumpuan apabila dia seolah-olah turut beng4ng sehingga berjaya menarik perhatian netizen ketika menyampaikan berita mengenai isu berkenaan.
Awani punya berita
Seorang pengguna Twitter, Zulhelmikhari memuat naik video sedutan paparan berita di laman Twitter memperlihatkan penyampai berusia 32 tahun itu sedang membaca berita dengan menyelit skrip ‘tiada otak’.
” Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar.
” Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.
” Mengenakan kmpaun RM5O,OOO pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga.
” Sudahlah pulangan tidak seberapa, jumlah kmpaun langsung di luar pemikiran insan” itu antara kata-kata penyampai berita, Luqman Hariz.
Kemudian, kata-kata Luqman disambung oleh rakan pembaca beritanya yang mengaitkannya dengan kmpaun yang dikenakan terhadap selebriti terkenal, Neelofa.
Katanya, jumlah kmpaun RM60k bukanlah masalah besar bagi Neelofa namun tidak bagi peniaga-peniaga kecil.
” Jumlah kmpaun 60 ribu ringgit mungkin bukan jumlah yang besar bagi Neelofa, polis dan KKM bagaimanapun memberi jaminan semua peniaga kecil itu boleh kemukakan rayuan”, katanya.
Ciapan video tersebut diulang kicau hampir 3O,OOO kali dan mendapat 4O,OOO tanda suka selain ratusan komen netizen yang berkongsi reaksi kagum terhadap personaliti berasal dari Ipoh, Perak itu.
Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.
Pembaca macam ni yang kita mahu!
Terdahulu, Wan Mohd. Faisal yang berdepan kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu diminta mengemukakan rayuan agar boleh diberikan pengurangan atau pengecualian kmpaun.
Berpunca dari itu juga pelbagai pihak tampil mahu menghulurkan bantuan termasuk personaliti popular Neelofa dan penyanyi rap, Caprice.
Neelofa antara lain berkata beliau telah menghubungi pihak polis untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang kmpaun dan mahu membantu menyelesaikan bayarannya.
Sementara Caprice pula telah membuat tabung kutipan dari orang ramai bagi membantu menyelesaikan kmpaun tersebut.
Sumber:ohmymedia.