
Pniaga burger, Wan Mohd. FaisaI Wan Kadir meminta orang ramai berhenti ‘menyiasat’ hal peribadinya selepas tular beberapa posting di media sosial mengenai dirinya yang didakwa menjalani kehidupan mewah.
Mnerusi Iaporan Sinar Harian, isterinya Norlaili Shafii berkata, pendedahan foto warganet seperti rumah dan kereta jenis Honda Civic adalah hasil kerja keras mereka sejak 16 tahun menjalani perniagaan.
” Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,OOO belum terbayar, mujur adik memahami. Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun.
” Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang.
” Allah Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu, katanya.
Selain gambar tersebut, wanita berusia 37 tahun itu turut menjelaskan foto memaparkan suaminya yang menikmati steak serta resit bayaran mencecah lebih RM9OO yang dirakam pada tahun lalu.
” Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan steak mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim.
” Sebelum Covid-19, saya berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi. Pendapatan kami terjejas sejak setahun lalu kerana pandemik. Berhentilah siasat sebab boleh jadi fitnah,” tegasnya.
Terdahulu, Wan Mohd. Faisal dikenakan kmpaun RM5O,OOO bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu, pada Ahad lalu sehingga menimbulkan simpati orang ramai.
Bagaimanapun, warganet mula bengang selepas tular beberapa keping foto pasangan tersebut yang didakwa seolah-olah bukan ‘orang susah’ seperti disangka.
Rumah cantik hasil usaha penat lelah sendiri..salah ker?
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang individu dipercayai ahli keluarga tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai tohmahan orang ramai terhadap peniaga burger itu.
” Baik ramai2 berjemaah dtg kampung dia, tgk keadaan tmpt dia berniaga… Mudah nak cerita, senang… MashaaAllah, takutnya ya Allah.
” Minta jauh drpd jadi macam ni… Lagipun awal2 lagi dia bukan nk minta derma, dia cuma minta bayaran kmpaun di kurangkan..dia berniaga demi kelangsungan hidup…
” Bukan demi nk kaya semata-mata. Eh, bukan ker impian semua orang kot nk jadi kaya.. nk jadi kaya,kena usaha lebih,macam dia
” Ada jer peniaga lain yang berniaga lebih masa, sebab tau banyak komitmen setiap bulan yang nk kena jelaskan.. yang mana belum kena, beringat-ingat lah..
” Awak yang makan gaji tu pn masih terasa peritnya dgn kos sara hidup skrg kan? Apatah lg kami peniaga kecil kecilan ni… Hanya kami yang rasa,dan hanya kami yang dapat memahami..” tulisnya.
Terdahulu tular beberapa hari lalu di media sosial apabila seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kmpaun RM5O,OOO selepas dikatakan membuka gerai burger melebihi waktu operasi.
Perkongsian yang dibuat nyata mendapat simpati orang ramai serta membuatkan para netizen berang dengan jumlah kmpaun tinggi yang dikenakan.
Dalam masa sama, kisah peniaga yang turut mendapat perhatian Neelofa ini tular sekali di mana beliau dimaklumkan sudah kerap menerima amaran dan kmpaun daripada pihak penguasa sebelum ini.
Menerusi perkongsian netizen, peniaga burger ini dikatakan sudah kerap melanggar SOP yang ditetapkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.
Pembukaan kedai sehingga jam 2 pagi serta menjadi port lepak antara yang menjadi punca kedai ini dikmpaun. Malah, dalam satu perkongsian lain di Facebook, pemilik kedai burger memaklumkan kedainya dibuka hingga jam empat pagi.
Sumber:ohmymedia