
Beberapa hari lalu kehadiran penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pertik4ian ntizen.
Susulan itu, Ustaz Azhar tampil menjelaskan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan daripada sahabat baik iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, dia tidak melakukan ksIahan meInggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri, sebaliknya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehari sebelum majlis itu diadakan.
Tambah UAI, dia menetap di kediaman mentuanya yang terletak berhampiran dengan rumah penyanyi kesayangan ramai itu.
Mnerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter Rezarazali_, UAI berkata dia menghadiri majlis tersebut selepas selesai mengerjakan solat tarawih pada Isnin lalu.
” Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.
Selain UAI, Siti dan suami turut mengundang Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.
” Sebelum ini dah tiga kali dia ajak saya datang rumah dia… sebab masa saya sakit hari itu dia datang melawat saya selama dua jam.
” Jadi, kali ini saya balas balik (jemputan). Salahkah saya pergi ke majlis yang kawan jemput untuk doakan anak dia?” katanya.
Rumah mentua Ustaz Azhar dekat dengan rumah Datuk K
Nama UAI menjadi perhatian ntizen selepas dia didkwa merentas negeri memandangkan ramai sedia maklum ustaz tersebut menetap di Terengganu.
” Rumah mentua saya dekat dengan rumah Datuk K, saya pergi pun selepas selesai solat tarawih dan tengok masih ada jemputan lain lagi (pada ketika itu).
” Bukan saya nak pergi sangat tapi sebab dah kawan menjemput,” ujarnya lagi.
Menerusi pemerhatian mStar juga, sehari sebelum majlis tahnik itu berlangsung, UIA terlibat dalam satu program Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.
Kuliah agama yang dihadiri UAI sehari sebelum majlis tahnik diadakan.
Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti melalui kenyataan medianya mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan kesemua jemputan pada majlis tersebut.
” Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.
” Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya.
Selain UAI, majlis tahnik anak lelaki Siti, Muhammad Afwa itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendkwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.
Sumber:mstar