‘Nak Yg lawa, Tak Pakai Tudung Je’ – Ramai DM Ajak Azal Kahwin, Tapi Jawapan AzaI Buat Zarina Terkedu

PeIakon Zarina Zainuddin mendedahkan mendapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram daripada wanita yang mahu berkhwin dengan anak kembarnya yang juga penghdap au.tisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.

Menurut Zarina, 51, selain gadis ada antara wanita itu juga sebaya dengan dirinya.

” Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak khwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

” Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas mesej berkenaan.

” Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dongengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

” Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.

Ditanya jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata, dia tidak berkira.

” Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pelakon Teduhan Kasih itu sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkhwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal. Ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkhwin.

Zarina, 51, berkata, ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkhwin.

Kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil juga menghidap au.tisme.

” Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan.

” Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?

” Dia memang nak khwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.

” Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya.

” Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, Azal menghidap au.tisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.

” Azal dalam kategori au.tisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain.

” Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

” Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan.

” Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.

Sumber:hmetro