
” Andainya kau pergi, gugurlah bunga cinta, terpadam mentari yang menyinar…pulanglah oh sayang, kau ku nanti penuh pasti, rintihan kecundang untukmu oh sayang…”
Itu perkongsian bekas wartawan Utusan Malaysia, Syahril A Kadir di Facebook beliau yang berkongsi kisah ‘perjuangan’ penyanyi, Nizam Laksamana yang menyentuh hati ramai.
Menurut Syahril, Nizam gigih menjual muruku bagi menampung kos rwatan isteri, Salwati Zulkifli, 46, selepas disahkan menghdap knser payud4ra.
” Tiap kali bercakap mengenai isterinya, dia sebak. Cinta dan kasihnya pada kak Salwati ‘teruji’ apabila isterinya itu disahkan menghdap knser payud4ra dan kini sedang menjalani rwatan kem0terapi di HKL.
” Demi insan kesayangannya itu, dia tidak segan untuk ke hulu ke hilir menjual maruku bagi membiayai kos perubatan kak Salwati.
” Namun untuk menagih sumbangan dan simpati tidak sekali.
” Nizam penyanyi kumpulan Laksamana yang juga pelantun suara Gugurnya Bunga Cinta berkata selagi dia mampu berusaha mencari rezeki dengan tulang empat keratnya, tidak ada istilah untuk dia meminta-minta.
” Bukan sombong tetapi sebagai suami, biarlah saya berusaha sedaya mungkin…
” Terlalu banyak pengorbanannya pada saya dan anak-anak, ini masanya saya membalas jasa insan yang sanggup bergadai ny4wa untuk melahirkan anak-anak kami.
” Saya harap tuan puan di luar sana tolonglah doakan isteri saya agar segera sembuh daripada deritanya, itu lebih bermakna dari wang ringgit ketika ini,” katanya dengan nada yang tersekat-sekat.
” Aku hilang kata-kata.” tulis Syahril.
Syaril berkongsi gambar bersama Nizam di Facebook beliau.
Terdahulu, Nizam, 55, berkata, dia berusaha mencari wang daripada titik peluh sendiri tanpa meminta bantuan orang lain.
Menurutnya, dia tidak mahu bergantung kepada bntuan orang. Bukan bermaksud saya smbong, seboleh-bolehnya mahu berusaha sendiri.
Apatah lagi dengan situasi pndemik COVID-19, ramai orang susah membuatkan Nizam tidak mahu minta bntuan masyarakat.
Nizam turut berkata dia berasa bersyukur kerana masih mempunyai simpanan sejak aktif menyanyi. Malah komitmen bulanan seperti pinjaman rumah dan kereta sudah dilngsaikan.
” Insya-Allah, saya boleh tanggung setakat ini. Tiga anak saya juga sudah bekerja… Semua ini meringankan tanggungan saya,” kata Nizam.
Bercerita mengenai kos rawatan isteri, Nizam berkata, proses kemoterapi isteri mampu dibiayai kerana caj dikenakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, tidak mahal.
” Buat masa ini, saya tiada masalah untuk menanggung kos rawatan isteri. Saya juga tidak memohon kepada mana-mana badan kebajikan.
” Namun, pengurusan HKL ada beritahu, saya boleh membuat permohonan di Jabatan Sosial hspital itu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
” Ini disarankan doktor kepada semua pes4kit yang memerlukan bantuan. Mereka juga beritahu Majlis Knser Nasional (MAKNA) ada menyediakan peruntukan.
” Jika keadaan memerlukan, saya akan cuba memohon. Sekarang saya perlu kuat bekerja termasuk menjual muruku kerana perlu menanggung kos perubatan yang makin meningkat,” katanya.
Nizam berkata, isterinya mula dikesan menghdap knser pada akhir Januari lalu dan perlu menjalani pembedahan tetapi ditangguhkan berikutan penularan COVlD-19.
Nizam yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta bersyukur proses kemoterapi isteri dipermudahkan.
” Rezeki isteri saya apabila proses kem0terapi ini dimulakan selepas sebulan menanti. Ini disebabkan doa kawan-kawan yang banyak membantu kami.
” Saya fikir disebabkan kami menyenangkan urusan orang, Allah memudahkan urusan kami pula. Saya nampak hikmah itu sekarang apabila dit1mpa mus1bah,” katanya.
Nizam berkata, selepas menjalani proses kem0terapi peringkat pertama pada 3 Mac lalu, isterinya s.akit.
” Selepas hari keempat, dia makin merasakan kesannya. Awal pagi kelmarin, dia bangun dan mnangis kesak1tan.
” Isteri kerap mvntah, s.akit perut, muaI, tak boleh berdiri lama dan baring pun tidak selesa. Ini adalah peringkat pertama. Ada lima lagi peringkat proses rwatan yang perlu dilalui.
” Pada peringkat keempat dan kelima, isteri akan menerima dos ubat yang lebih kuat.
” Saya harap peminat boleh mendoakan agar isteri saya kuat meIawan semua ini,” kata bekas peserta program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kedua itu.
Nizam dan Salwati mendirikan rumah tangga pada 1995 dan dikurniakan empat anak yang berusia antara 17 tahun hingga 25 tahun.
Sumber:fb Syahril A Kadir dan bharian