
” Anda semua jangan salah faham dengan saya dan tolong sokong saya,”
Itu rayuan Lan Pet Pet sebelum mengakhiri vdeo yang disiarkan di Instagramnya, hari ini.
SeIepas beberapa hari mendiamkan diri, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 52, yang ditemani peguam, Datuk Dr Aswandi Hashim tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung penularan video dia bergduh dengan penghantar makanan baru-baru ini.
” Ceritanya bermula apabila saya menegur penghantar makanan yang sedang tengok telefon sambil menunggang motosikal.
” Saya bunyikan hon kereta dan kemudian dia tak puas hati. Dia tunjuk bahasa isyarat (Ivcah) pada saya menerusi cermin pandang belakang dan saya pun berhenti.
” Dia buat prov.0kasi tapi saya sabar. Dia mrah pun saya sabar. Saya ser4ng dia kerana takkan saya nak biarkan muka saya dipukvI? Jadi berlakulah pergeIutan,” katanya.
Menurut Lan, pada masa sama seorang wanita yang berada dalam kereta merakam video yang kemudian tular.
” Saya tengok video tular ini dalam kumpulan WhatsApp dan tak puas hati serta terus buat Iaporan poIis. Ia sudah menjadi kes lain pula sedangkan kami bergduh hanya dalam beberapa saat sahaja dan selesai.
” Selepas bergduh saya pergi buat Iaporan poIis untuk diri sendiri. Penghantar makanan terbabit hanya buat Iaporan beberapa hari selepas itu.
” Apa pun saya berterima kasih kepada pegawai penyiasat yang panggil penghantar makanan ini dan kes kami selesai selepas bersemuka,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana kes mereka diselesaikan secara baik.
Menurut Dr Aswandi pula kejadian yang berlaku disebabkan salah faham.
” Teguran dibuat cara baik, namun mungkin disalah ertikan oleh individu terbabit. Dalam keadaan demikian kalau dilihat bukanlah satu pergduhan tapi lebih kepada perseIisihan.
” Berkenaan video tular oleh wanita terbabit yang keluarkan komen seolah-olah menghakimi Lan meny3rang, itu adalah satu prasangka.
” Saya dihubungi oleh Lan dan saya menasihatkannya supaya buat Iaporan poIis. Ketika itu individu terbabit masih belum buat Iaporan poIis,” katanya.
Dr Aswandi berkata, penghantar makanan hanya membuat Iaporan selepas beberapa hari kemudian.
” Seterusnya barulah pegawai penyiasat panggil Lan untuk beri keterangan dan bersemuka dengan individu berkenaan.
Rider tarik balik Iaporan poIis sebab ksIahan bukan berpunca dari Lan
” Akhirnya penghantar makanan ini menyedari kesIahannya dan menarik semula Iaporan poIis yang dibuat. Kita dapat lihat tiada kesIahan dari pihak Lan kerana penghantar makanan ini tarik balik Iaporan.
” Sebenarnya kalau berlaku kesIahan yang sepenuhnya berpunca daripada Lan, saya yakin penghantar makanan ini akan kemukakan sman sivil atas mungkin kecderaan atau kerugian yang dialami,” katanya.
Dr Aswandi menjelaskan kebanyakan komen vdeo yang tular tidak menunjukkan keadaan yang sebenar.
” Komen yang tak sepatutnya akan jadi fitnah. Kita tak boleh buat kesimpulan sikap atau keadaan Lan dengan hanya satu vdeo pendek.
” Kita juga tak boleh kaitkan semula dengan kes yang lama. Ia adalah isu berbeza. Lan seorang ahli perniagaan yang amat bergerak cergas.
” Walaupun hanya perniagaan belacan, ia sudah dikenali hingga Lan tandatangan perjanjian bersama dengan satu jenama kedai untuk bekalkan belacan kepada semua rangkaian kedai itu,” katanya.
Menurutnya, sebagai peguam yang dilantik firmanya bertanggungjawab sebagai penasihat peribadi termasuk perniagaan Mazlan Pet Pet.
” Tujuan kami hanya untuk menjernihkan keadaan. Berbanding kes Pak Ya, penyelesaian kes ini berlangsung di balai poIis dan bukan berjumpa individu terbabit untuk selesaikan sendiri,” katanya.
Sumber:hmetr0