Susulan Menantu Dedah Sikap Sbenar Ibu Mentua, Pusat Jagaan Akhirnya Bersuara, ‘Jgn Buka Aiib Mak Ayah’

” Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tanggungjawab ini. InsyaAllah selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya.”

Itu perkongsian di Facebook Rumah Jagaan dan Rwatan Orang Tua Al Ikhlas yang menarik perhatian ramai.

Perkongsian itu ditulis sebagai reaksi balas kepada seorang wanita yang memuat naik status menceritakan sikap sebenar ibu mentuanya dan bukan mereka yang ‘membuang’ wanita terbabit.

Terdahulu, kisah seorang penghuni pusat jagaan warga emas menjadi tular di media sosiaI selepas disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.

Menerusi laporan eksklusif yang diterbitkan, warga emas tersebut mendkwa dia diab4ikan oleh anak-anaknya ketika menerima rwatan di hspital akibat terjtuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.

Namun baru sahaja masyarakat bersmpati dan tersntuh dengan kisah warga emas berusia 83 tahun itu, seorang wanita tampil membuat perkngsian di media sosial.

Apa yang mngejutkan, selain mengakui warga emas itu sebagai ibu mentuanya, wanita tersebut dalam masa yang sama turut mendeda.hkan kisah sebenar dan menafikan dkwaan yang keluar daripada mulut ibu mntuanya itu.

” Bukan anak-anak yang buang dia tapi dia buang anak-anak sejak mereka kecil lagi.

” Kami (anak-anak termasuk menantu) sering dim4ki hiina oleh dia. Suami saya, anak yang paling tervk kena hiina sebab suami saya ini mskin, orang susah.

” Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan,” demikian antara coretan wanita berkenaan.

Pendedahan tersebut secara tidak langsung mengundang reaksi bercampur daripada pelbagai pihak.

Turut terpanggil untuk mengulas kisah yang sedang tular itu adalah Rumah Jagaan dan Rwatan Orang Tua Al Ikhlas.

” Berdasarkan pengalaman kami bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rwatan kami pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon.

” Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aiib mak ayah kita di sosial media.

” Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain,” demikian menurut perkongsiannya di Facebook.

Tambah pusat jagaan tersebut, sekiranya anak-anak tidak mampu menjaga orang tua mereka, apa yang perlu dilakukan adalah menyerahkan tugas tersebut kepada pihak yang sepatutnya, bukannya membuka aiib.

” Seburvk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.

” Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita.

” Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Dunia sementara akhirat kekal selamanya,” tulisnya lagi.

Sumber:mstar