Up Status Mahu Roboh Banglo Bkas Isteri, PU Raihan Dedah Hal Sebenar, ‘Sy Pasti Rumah Itu Nilainya..’

Beberapa hari lalu Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen apabila muncul dengan status di Facebook mencari perkhidmatan untuk merobo.hkan sebuah rumah ‘batu’.

Ia kemudian disusuli dengan beberapa status yang dimuatnaik oleh bekas isteri PU Raihan yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah sebagai reaksi balas terhadap status tersebut.

Ain Qaiyimah antaranya mendkwa dia mempunyai bukti pendkwah bebas itu mahu merobo.hkan kediaman mereka.

Dkwa Ain rumah tersebut adalah hasil daripada titik peluhnya, cuma dibina di atas tanah milik bkas suami.

” Saya telah mendapat satu permintaan daripada seseorang untuk melihat rumah yang “hangus” atas sebab dibina di atas tanah bkas suami.

” Hari ini baru saya tergerak hati nak letak. Sebab nak post pun perlu ada kekuatan. Saya tak nak tuntut apa-apa sebab saya dah penat naik turun mahkamh. Dan dia pun pernah up status untuk runtu.hkan rumah Ini,” tulisnya.

Penjelasan PU Raihan

Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila bekas isteri PU Raihan atau Raihan Husni yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah berkenaan.

Ujar Ain, dia kecewa apabila Raihan mahu mendahului mahkamh berhubung status rumah tersebut yang dibina menggunakan wangnya di atas sebidang tanah milik bapa pendakwah berkenaan.

Tampil menjelaskan mengenai hal itu Raihan muncul menerusi kenyataan terkini dan berkata bahawa isu dia dengan sengaja mahu merobo.hkan rumah berkenaan sebenarnya tidak berbangkit.

Malah kini dia berkata mahu menunggu proses mahkamh berhubung tuntutan mut’ah bekas isterinya di Mahkamh Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan mendedahkan butiran tuntutan Ain selaku plaintif yang meminta bekas suaminya membayar mut’ah sebanyak RM300,000.

Ujar Raihan, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan berkenaan.

” Pada 6 Mei lalu saya tanpa gagal hadir ke Majlis Sulh di Mahkamh Rendah Syariah Hulu Langat tepat pada masanya.

” Tetapi apabila mendapat tahu tentang tuntutan mut’ah sebanyak RM300,000 itu sebenarnya adalah bayaran tebus harga rumah, sememangnya saya berhak untuk tidak bersetuju,” kata Raihan.

Perkongsian Ain di FB beliau merujuk kepada isu terbabit.

Tambah pemenang tempat keempat rancangan Pencetus Ummah 2016 ini, dia yakin nilai rumah berkenaan tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor.

” Kenapa saya tidak bersetuju? Kerana ia merupakan rumah dua bilik yang dibina atas tanah yang pemiliknya masih ayah kandung saya sehingga saat ini.

” Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

” Jadi bagi saya tiada isu tentang saya tidak bertanggungjawab, tidak beri kerjasama atau jauh sekali dengan sengaja ingin meruntu.hkan rumah itu,” katanya seperti yang dipetik daripada hantaran Facebook.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapat penjelasan terperinci daripada Raihan tidak berhasil.

” Saya dah buat laporan polis dan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) serta serahkan kepada peguam. Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini privasi saya,” katanya.

Terdahulu Ain memuatnaik beberapa status di FB beliau merujuk kepada isu terbabit.

Sambil memetik surah At-Taubah ayat 67, Ain berkata sepatutnya keluarga dan saudara mara tolong redakan keadaan bukan masing-masing berebut jadi hero tambah dosa.

” Mujur mak ayah saya masih hidup, agaknya Kalau saya keseorangan apa agaknya jadi pada saya?

” Kenapa ya pihak sana masih nak terjah dan mencari perhatian netizen tanpa mengumpulkan bukti yang kukuh?” tulis Ain.

Sumber:mstar dan FB Ain