
Lebih kurang seminggu lepas, saya dihubungi oleh seorang ibu yang kem4tian anaknya yang baru berusia 15 tahun kerana sak1t.
Si ibu ini jenis mengatur masa depan anaknya, jadi anak ada pelbagai jenis simpanan seperti ASB, dibelikan juga insurans, barang kemas juga disediakan. Semuanya hasil wang si ibu, setiap bulan menyimpan untuk anaknya.
Bapa kandungnya telah lama berpisah dengan si ibu, sejak anak masih kecil. Sudah bertahun-tahun tidak bertanya khabar, apa entah lagi memberi nafkah.
Si bapa, telah berkeluarga dan berkahwin lain dan mempunyai seorang anak dari perkahwinan ini. Begitu juga si ibu ini dan mempunyai seorang lagi anak dari perkahwinan yang baru.
Kerana kem4tian si anak, jadi ibu ini bertanya kepada Ustaz, sama ada harta anak ini akan perlu diberikan secara Faraid. Sudah tentu jawapannya ya.
Si ibu bertanya kepada saya berkenaan harta dan pembahagian. Sama ada secara Faraid atau bagaimana kiraannya?
Hal-hal perundangan begini, saya memang akan rujuk kepada yang lebih pakar iaitu sahabat saya Syafiah Sulaiman yang merupakan Peguam Syarie.
Kami selalu bertukar-tukar pandangan mengikut kepakaran bidang masing-masing.
Kalau dia hendak bertanya tentang prosedur jnayah dan sivil dia bertanya kepada saya dan begitulah halnya saya merujuk kepada dia berkenaan undang-undang Syariah.
Sahabat saya maklumkan dalam situasi si anak berusia 15 tahun, berdasarkan pembahagian Faraid, si bapa akan mendapat 5/6 dari bahagian keseluruhan si anak manakala si ibu akan mendapat 1/6 bahagian.
Kami tahu, pasti ralat perasaannya. Yang membuat simpanan si ibu, yang membelikan insurans si ibu, yang membelikan barang kemas juga si ibu.
Si bapa bertahun tak tanya khabar anak
Si bapa pula bukan kata tidak beri nafkah, melawat atau bertanya khabar pun sudah bertahun lamanya diabaikan.
Jadi pastilah ralat perasaannya, andai pampasan 5/6 ataupun lebih kurang 90% itu kepada bapa yang tidak pernah mengambil tahu hal anak sekalipun.
Bayangkan jika nilai keseluruhan simpanan ratusan ribu dan bahagiannya 5/6, banyak bukan? Kalau 100,000, bahagian bapa sudah 90,000. Kalau lebih nilainya?
Kami tahu ralat rasanya, sudahlah kehilangan anak yang dikasihi. Segala simpanan dan persediaan untuk memastikan masa depan anak terjamin, apakan daya takdir mengatasi segalanya.
Saya dan sahabat saya rasa tambah ralat lagi segala simpanan untuk anak tersayang itu pergi kepada insan yang tidak pernah mengambil berat atau tahu tentang anak kandungnya.
Semoga terbuka hati si bapa…
Saya katakan kepada si ibu “Saya doa, semoga terbuka hati si bapa, sedekahkan bahagiannya semua kepada puan kerana ibu yang menjaga anaknya”. Tambah pula segala simpanan dan pemberian itu, adalah hasil titik peluh si ibu.
Saya rasa itu yang sepatutnya bertahun-tahun si ibu bukan sahaja menjalankan tanggungjawab ibu dan dia juga sebagai bapa. Memberi nafkah, tempat tinggal, baju, makan dan pakai, membuat simpanan dan insurans supaya kehidupan anak terjamin.
Terlepas begitu sahaja tanggungjawab si bapa dan jika masih mahu juga bahagiannya. Maka saya berpandangan itu kejam.
Begitulah halnya bila pembahagian faraid ini, waktu hidup bertanya khabar adik atau abang tidak pernah. Ambil berat juga tidak. Namun apabila meninggI dnia, sepantas kilat mempersoalkan bahagian masing-masing. Lupa hendak mengambil berat bahagian anak isteri si m4ti.
Haih. Harta sendiri tidak mahu diusahakan. Jadi sebagai peringatan, segala simpanan, nama dan harta. Aturlah sebaiknya. Mana yang perlu dihibahkan, mana yang perlu ditukar nama.
Itulah baru-baru ini terjadi hal, isu antara seorang pendkwah dan bekas isteri tentang hendak merobo.hkan rumah yang bekas isteri bina di atas nama bekas suami.
Hal rumah tangga ini, tidak semestinya salah suami. Ada juga kadangkala dari isteri. Banyak juga kes dirujuk kepada saya tentang perihal isteri. Semuanya bergantung pada sikap.
Hal-hal begini memang elok dibawa berbincang tetapi itulah, mudah kita kata tetapi perlu juga kita fahami sikap manusia tidak sama.
Kalaulah semua orang boleh berbincang, amanlah dunia. Jadi kita perlu sentiasa beringat.
Sumber:FB peguam Nor Zabetha