Terkedu Seorang Guru Bila Pengantin Tiba2 Cakap, ‘Cikgu Yang Ambil Jam Tangan Itu Dari Poket Saya’

Kisah ini berlaku sekitar dua tahun lalu di sebuah majlis perkahwinan.

Waktu itu pasangan pengantin baru selesai bersanding di pelamin, dan kemudian turun ke meja tetamu untuk bersalaman.

Dalam ramai-ramai tetamu yang datang, pengantin lelaki terkejut melihat bekas guru sekolah rendahnya turut hadir dalam majlis persandingannya.

Dia segera berjalan mendatangi dan menyapa gurunya dengan penuh hormat.

” Assalamualaikum, Cikgu Fadzli masih ingat saya lagi, Faizal? Tak sangka cikgu datang!”

Gurunya menjawab: “ Waalaikumussalam. Tahniah ya. Maaf Faizal saya tak berapa ingat awak. Saya datang atas jemputan mak ayah awak”

Pengantin lelakui yang bernama Faizal itu kehairanan dan bertanya lagi, “Eh, biar betul cikgu tak ingat saya?”

” Saya Faizal murid cikgu kelas 6 Mawar. Murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu. Ketika tu murid yang kehilangan jam itu mnangis dan mngadu.

Faizal cuba mengimbas kembali kisah lalu ketika beliau darjah 6. Kata Faizal lagi waktu itu Cikgu Fadzli telah menyuruh semua murid berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid-muridnya untuk mencari jam tangan hilang.

Cikgu suruh menghadap dinding dan tutup mata

” Cikgu suruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami semua menutup mata dengan sapu tangan.

” Kemudian Cikgu periksa poket setiap kami, ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

” Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing-masing.

” Waktu itu saya takut cikgu akan memaIukan saya di depan semua murid-murid lain.

” Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya tanpa menyebutkan siapa yang mencuurinya.

” Sejak dari kejadian itu cikgu tak pernah sebut pun tentang kes dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecuurian jam tangan itu.

” Cikgu masih ingat lagi saya tak? Takkan cikgu tak boleh ingat saya lagi?

” Saya sangat hormati Cikgu. Sejak kejadian itu saya berubah menjadi baik. Saya belajar bersungguh-sungguh ketika sekolah menengah dan berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah sekarang pun dapat kerja bagus.

Kemudian Cikgu Fadzli tadi menjawab;

” Maaf Faizal, kjadian itu saya rasa saya ingat, tapi saya betul-betul tak ingat awak sebab pada waktu menggeledah itu, memang saya sengaja tutup mata juga supaya tidak cam siapa pelakunya.

” Sebabnya saya tidak mahu merasa kcewa atas perbuatan salahlaku seorang murid. Saya sangat sayang semua murid-murid saya.

Faizal hanya terdiam, hilang kata-kata.

Kata Faizal, “Saya terfikir waktu itu saya akan dimaIukan di hadapan murid-murid, dan akan menjadi bahan ejekan, mereka akan hiina dan menggelar saya “pencuuri” dan saya pasti akan beri kesan sepanjang hidup saya.

Sekali lagi dia bersalam dan memeluk bekas gurunya itu sambil air matanya bergenang.

Hikmah yang dapat diambil, jangan memaIukan seseorang hanya kerana satu kesalahan, kerana ia mampu menghancorkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

p/s: GAMBAR DI ATAS ADALAH SEKADAR HIASAN

Sumber:malaysiaunited