
Terkini, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total Iockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini, menerusi total Iockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Prkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVlD-l9 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.
” Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVlD-l9 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
” Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggI dnia akibat wbak ini dan jumlah kem4tian semakin meningkat.
” Kewujudan varian baharu yang lebih gnas dengan kadar kebolehjngkitan tinggi dan pantas turut mempengaruhi keputusan hari ini.
” Dengan peningkatan kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hspital di seluruh negara untuk merawat pesak1t COVlD-l9 juga semakin terhad,” kata kenyataan itu.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jika perintah berkurung penuh Fasa Pertama itu berjaya mengurangkan kes harian COVlD-l9, perintah berkurung Fasa Kedua akan dilaksanakan.
Katanya, Fasa Kedua akan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi pnjarakan fizikal.
Pelaksanaan perintah berkurung Fasa Kedua itu akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.
” Setelah berakhirnya Iockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.
” Menerusi PKP, aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.
” Bagaimanapun, keputusan untuk beralih daripada satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian ri.siko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
” Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesak1t COVlD-l9,” katanya.
Berita baik, pakej bantuan akan diumum
Susulan pengumuman perintah berkurung penuh itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akan diumumkan.
” Susulan keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
” Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri menegaskan, kerajaan komited dalam memastikan sistem kesihatan awam di Malaysia tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan serta bantuan akan diberi kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.
Katanya, kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.
” Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVlD-l9.
” Apa yang terbaik ialah duduk di rumah atau ‘stay at home’ untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jngkitan COVlD-l9,” katanya.
Sumber:bharian