Rakaman Pengantin Perempuan Buat Aksi Patahkan Besi di Hari Pernikahan, ‘Terdiam Terus Suami Melihat’

Setiap pasangan ada cara tersendiri dalam memeriahkan acara pernikahan mereka.

Mulai dari majlis sederhana, gilang gemilang hinggalah sesuai dengan adatnya. Meski berbagai cara, pasti ada salah satu yang tidak ketinggalan iaitu hiburan untuk para tamu undangan.

Biasanya di acara pernikahan terdapat aksi panggung penyanyi atau tari-tarian tradisonal untuk menghibur para tamu yang hadir.

Terkadang ada pula penampilan spesial dari pengantin. Seperti aksi wanita berikut ini.

Seorang pengantin perempuan menjadi sensasi internet susulan vdeo aksinya mematahkan dua batang besi semasa majlis perkahwinannya.

Rakamn tersebut menjadi tular dengan ramai ntizen meluahkan rasa kagum dengan kehebatan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi vdeo yang dimuat naik di akaun Instagram Media.virals itu, seorang wanita lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau dilihat sedang melakukan percubaan untuk mematahkan besi di hadapan pelamin.

Dalam aksi pertamanya, pengantin tersebut cuba mematahkan sebatang besi menggunakan paha kirinya.

Difahamkan pengantin perempuan dikenali sebagai Rakhma Lutfita. Awalnya, ia mematahkan besi dengan meng’karate’ besi tersebut di atas paha kirinya.

Dengan hanya sekali percubaan, besi tersebut patah dua.

Aksi pengantin wanita tersebut tidak berhenti di situ saja, kelihatan beberapa lelaki membantu untuk mempersiapkan aksi selanjutnya.

Selepas aksi pertamanya itu, pengantin tersebut meneruskan aksi keduanya dengan percubaan mematahkan sebatang besi yang diletakkan antara dua batang tiang.

Dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan sekali hentakan, besi tersebut patah kepada dua bahagian di hadapan para tetamu undangan.

Sementara di belakangnya, kelihatan sang suami atau pengantin lelaki yang mengenakan pakaian perajurit Angkatan Tentera Indonesia (TNI) yang hanya diam menyaksikan aksi isterinya tersebut.

Aksi tangkas pengantin perempuan tersebut turut mendapat perhatian ntizen bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia.

Rata-rata meluahkan rasa kagum mereka selain ada yang secara berseloroh meramalkan nasib yang bakal menimpa pengantin lelaki sekiranya cuba meny4kiti isterinya.

” Kalau suami cur4ng, pasti retak buah pinggangnya,” tulis seorang pengguna.

” Sumpah, tak berani tambah isteri,” tulis seorang lagi netizen.

Di mana pernikahan itu berlangsung?

Berdasarkan perkongsian Rakhma di Instagramnya, pernikahan itu berlangsung di wilayah Purbalingga, Jawa Tengah.

Dalam perkongsian sebelumnya, Rakhma juga sempat berkongsi beberapa potret pre-pernikahan berlokasi di beberapa tempat di Yogyakarta, termasuk di Taman Sari.

Di samping itu, Rakhma juga punya merupakan seorang Youtuber dengan jumlah 18,7 ribu subscriber.

Kebanyakan vdeonya berupa vlog, di mana beberapa di antaranya memperlihatkan rakaman di beberapa destinasi menarik di Jawa Tengah.

Susulan dari vdeo yang viral itu, sebuah portal popular tempatan telah cua menghubungi Rakhma, namun belum mendapat respons sampai artikel ini disiarkan.

Sumber:k0smo dan liputan6.com