
” Mula-mula masuk rasa seganlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat biasakan diri,”
Demikian kata-kata seorang mak ny4h dikenali sebagai Lala, 26, yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVlD-l9 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Pasir Gudang, di sini.
Dia ditempatkan di PKRC itu pada 21 Mei hingga 29 Mei lalu selepas disahkan pos1tif COVlD-l9.
Lala berkata, ketika mula ditempatkan di situ, dia segan dan malu, namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.
” Syukur alhamdulillah… kami semua dah macam satu keluarga. Tak ada yang menyakat, semua dah macam kawan dalam PKRC.
” Di PKRC layanan semua baik, banyak aktiviti yang kami buat dalam itu termasuk bersenam, malah saya juga ada bantu pasukan Ihsan Johor jalankan aktiviti untuk penghuni PKRC.
” Saya ucapkan terima kisah pada pasukan Ihsan Johor dan PKRC Pasir Gudang kerana menjaga kami dengan baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bercerita lanjut, Lala berkata, ketika mula-mula disahkan p0sitif COVlD-l9, dia mengalami simptom seperti dmam dan saki.t kepala beberapa hari.
Katanya, apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hendak menghantarnya ke pusat kuarantin, dia berasa sedih dan emosinya sangat terganggu.
” Mak (ibu) memberi kata-kata semangat kepada saya. Apabila masuk pusat kuarantin, pada mulanya saya murung sekejap dan duduk dekat katil sahaja.
” Sampaikan kawan di PKRC itu yang ambilkan makanan, alhamdulillah bila dah rapat dengan mereka, semua macam satu keluarga.
” Saya tenang dan bahagia sampai satu masa bila dah dibenarkan pulang, semua rasa sdih,” katanya.
Berkenaan gambar dan vdeo yang tular di media sosial, Lala berkata, dia tidak kisah mengenai pandangan negat1f segelintir masyarakat terhadapnya.
Katanya, ada warganet yang baik dan mendoakan perkara po.sitif buat dirinya.
” Saya tak kisah pun, tetapi saya ambil komen yang postif sahaja daripada memikirkan komen n3gat1f warganett,” katanya
Terdahulu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVlD-l9 (PKRC) Pasir Gudang, sudah mencapai kapasiti 80 peratus penggunaan, susulan peningkatan jumlah kes jangkitan COVlD-l9 di negeri Johor.
Pengarah PKRC Pasir Gudang, Dr Mohd Fathi Zaki Mohd Zakaria, berkata PKRC itu kini hanya boleh menampung sejumlah kira-kira 250 pesakit COVlD-l9 sahaja lagi, membabitkan 200 pesak1t lelaki dan 50 pes.akit wanita.
Dr Mohd Fathi berkata, PKRC dikendalikan 106 kakitangan membabitkan agensi Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
” PKRC Pasir Gudang beroperasi 24 jam sehari dengan antara aktiviti pesakit dirawat termasuklah senaman harian selain makanan yang akan diagihkan mengikut waktu ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan sumbangan makanan kering daripada syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) kepada PKRC berkenaan.
Katanya, ia berikutan stok makanan kering yang sebelum ini disumbangkan syarikat korporat dan NGO, semakin kehabisan stok.
” Antara makanan kering yang diperlukan PKRC Pasir Gudang, termasuklah bekalan mi segera, biskut kering dalam pek berasingan selain minuman pra campuran.
” Jika ada yang berminat memberi sumbangan barangan berkenaan bolehlah menghubungi talian PKRC Pasir Gudang di nombor 07-2677279 atau 07-2560149,” katanya.
Kredit:HMetro