‘Siapa Punya Kerja Laa’ – Fakta Wikipedia Diedit Jaafar Onn Pernah Buat Lagu Cili Padi Dgn Snoop Dog

” Jaafar Onn menghasilkan lagu Cili Padi yang bersama Snoop Dog.”

Itu antara ‘fakta’ ditulis di halaman Wikipedia artis tanah air Jaafar Onn yang dikesan dikhian4ti dan dirosakkan dengan suntingan fakta tidak benar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi semakan di halaman Wikipedia, artis tersebut mendapati pihak yang melakukan suntingan secara sengaja meletakkan latar belakang artis itu yang tiada kaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur, pengacara dan pelawak tanah air.

Menurut catatan di halaman tersebut, Jaafar Onn boleh bernyanyi dan telah kolaborasi dan menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “Memori Kismis” dengan band dan penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold dan Jason Derulo.

Malah turut ditulis bahawa Jaafar Onn juga menunjukkan kebolehan ‘rap’ apabila mengeluarkan lagu Cili Padi yang dihasilkan bersama Snoop Dog.

” Lagu Cili Padi telah digunakan sebagai OST drama Cilik Cili Padi. Apa-apa pun Bang Jakpa nak ucapkan selamat hari raya PKP maaf zahir dan batin kepada semua peminat Bang Jakpa.” tulis halaman terbabit.

Jason Derulo dan Snoop Dog

Suntingan dengan maklumat palsu dikesan di halaman itu sejak 27 Disember 2020 dengan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.

Terdapat 24 suntingan dibuat di antara kedua-dua tarikh tersebut, lantas dilihat seakan cubaan untuk memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis yang telah lama bergiat dalam industri dunia hiburan tanah air.

Wikipedia ialah ensiklopedia dalam talian percuma yang dihasilkan dan disunting oleh sukarelawan di seluruh dunia.

Ia merupakan laman web yang sering menjadi panduan pencari maklumat dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membuat suntingan atau penambahan.

Wikipedia dihoskan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan Wikimedia Foundation.

Berikut adalah fakta yang betul mengenai Jaafar Onn

Beliau berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati, Muar. Dan kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Lanjutan St. Andrew Jalan Saleh Muar.

Merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Anak bongsu yang manja ini begitu rapat dengan ibunya Puan Basahriah Sidin.

Sering mengikuti ibunya ke majlis perkahwinan atau gotong royong kenduri kendara. Dan dari sinilah membuatkan Jaafar Onn minat memasak dan menghias pelamin begitu juga dengan gubahan bunga

Jaafar Onn menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 70-an bila beliau menyertai sebuah kumpulan tarian yang begitu terkenal di kaca TV pada masa itu.

Melangkah ke tahun 80-an, Jaafar Onn banyak menjadi tetamu undangan untuk memasak di dalam majalah dan tidak ketinggalan membuat demo masakan di kompleks membeli belah.

Tetapi selepas itu, barulah diketahui bakat seni Jaafar Onn bukan sahaja sebagai tukang masak tetapi juga sebagai penyanyi dan juga pelakon.

Datin Rosnani Jamil telah membawanya kedunia lakonan dalam telefilem pertama lakonannya yang berjudul Lagenda Lela Manja. Bermula dari situ, Jaafar Onn terus diundang membintangi banyak drama dan filem.

Jaafar Onn yang berbintang Libra ini juga suka kepada dunia tarian dan mempunyai kumpulan tarian sendiri.

Maya Studio banyak membuat persembahan di majlis makan malam dan rancangan televisyen sekitar 80-an ke 90-an.

Ramai juga artis kita yang dicungkil bakatnya dari Maya Studio seperti Liza Abdullah, Norida Ahmad, Erma Fatima, Ziela Jalil dan Radhi Khalid.

10 tahun kemudian, dia terus beralih arah ke bidang nyanyian yang dibantu oleh penyanyi Salwa Abd. Rahman, Rohana Jalil, Azie, Lina Kamsan dan beberapa orang teman artis lainnya.

Jaafar Onn juga pernah membuat album dan tidak dinafikan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Sumber:astr0awani dan wikipedia