‘Mintak 10 Jer Tapi 15 Katil Dia Bagi’ – Doktor Terkjut NeeIofa Beri Sumbangan Bernilai Hampir RM1OOk

” Takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang 15 katil,”

Demikian perkongsian seorang individu apabila selebriti dan usahawan terkenal, NeeIofa atau nama sebenarnya Noor NeeIofa Mohd Noor bermurah hati memberikan sumbangan kepada hspital.

Menurutnya NeeIofa telah menyumbang sebanyak 15 katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVlD-19 di Jabatan Kecmasan dan Trauma di Hspital Melaka.

Perkara ini dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali Aznil Hisham yang memuat naik video ucapan ikhlas daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang mewakili Jabatan Kecmasan dan Trauma, Hspital Melaka di aplikasi TikTok.

” Bagi mewakili Jabatan Kecmasan dan Trauma Hspital Melaka dan juga rakyat Melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah NeeIofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit COVlD-19,” ucap Dr Abdul Rahman di aplikasi itu.

Kata Aznil, dua minggu lalu, Jabatan Kecmasan dan Trauma memaklumkan pihaknya kekurangan katil untuk menampung jumlah pesakit COVlD-19.

Akibat kekurangan katil itu, terdapat beberapa pesakit terpaksa duduk di lantai buat sementara waktu.

” Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yang bernilai RM6,000 sebuah.

” Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil. Hanya Allah sahaja membalas kebaikan Puan,” tulisnya mendapat perhatian warganet pada Khamis.

” Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat, 15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hspital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit COVlD 19,” katanya.

Petugas tersebut turut memetik hadis dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

” Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sementara isu kekurangan katil di jabatan tersebut juga diperakui oleh warganet dikenali Zainal Bin Shamsuddin apabila berkongsi pengalaman di ruang komen semasa menghantar ibu mentua di wad kecmasan.

” Yer doktor… semalam mak mentua saya terpaksa tunggu hingga malam untuk dimasukkan ke Wad di Hspital Melaka sebab kekurangan katil.

” Dia masuk kecmasan waktu malam dan terpaksa duduk di Wad kecmasan sehingga siang esoknya baru dapat masuk wad,” tulisnya.

Dalam pada itu NeeIofa ketika dihubungi, pemberian tersebut atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes serta kekurangan katil di hspital-hspital utama.

Difahamkan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hspital Melaka itu bernilai hampir RM100,000.

” Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hspital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit COVlD-19 yang banyak.

” Semoga ia dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan, khususnya dalam menangani situasi lockdown yang sedang ditempuh oleh seluruh rakyat Malaysia.

” Insya-Allah, kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu sebanyak mana hspital yang boleh,” katanya.

Sumber:sinarharian dan mstar

Kredit kepada penulis: Syairah Binti Abdul Lajis