
Saya sekadar ingin meluahkn bukan untuk mengaiibkan sesiapa.
Sekarang saya menetap di Selangor, di kampung halaman suami, menyewa rumah berdekatan dengan mertua.. kampung saya jauh nun di penghujung pantai timur.
Saya berkahwin pada tahun 2014 di usia 22 tahun dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia setahun lebih, beza umur saya dan suami hampir 10 tahun.
Masalah saya ialah dari selepas akad nikah sehingga sekarang suami tak habis-habis mengungkit duit hantaran 10k yang kononnya disebut hantaran untuk saya.
Cerita begini, saya seorang pelajar di salah sebuah IPTA semasa saya kenal suami tapi saya tak dapat menghabiskan pengajian saya kerana keadaan keluarga saya yang tak mampu.
Ditambah lagi saya merupakan anak sulung dari 7 beradik, saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja.
Selepas 5 bulan bekerja, dalam keadaan saya yang terkontang kanting sendirian, kadang mampu bayar sewa bilik kadang tidak, kadang menangis sendirian, kadang berkejaran sendirian.
Justeru saya memilih untuk berkahwin dengan harapan untuk hidup yang lebih baik.
Maka sebulan lepas tu berlangsunglah majlis perkahwinan kami yang serba ringkas. 1OO% perbelanjaan ditanggung oleh suami saya sebab saya dengan family memang tak berduit, cukup-cukup makan.
Oleh kerana saya sedar dan tahu saya tak mengeluarkan duit, maka duit hantaran yang suami lafazkan masa akad, saya serahkan kepada suami untuk menyelesaikan semua urusan.
Banyaknya mak awak mitak hantaran tu..
Tapi sebaik sahaja selesai semua, saya balik ke rumah sewa, suami tak habis-habis cakap, “Banyaknya mak awak mitak hantaran tu, apa yang awak beli, abang tak nampak pun gelang ke rantai.. ke mak awak simpan buat belanja dia?”
Walaupun hati saya terguris saya cuba bersabar sebab tahu saya tak ada apa-apa. Tapi lepas hampir berpuluh kali diungkitnya, dikata macam-macam tentang mak saya, kesabaran saya juga ada hadnya.
Bila saya menjawab setiap kali tu dia akan cakap saya isteri yang tak reti menghargai, dia akan pukvl saya sekuat yang dia mahu, akan menutup mulut saya semahu dia.
Selepas 2 3 jam kejadian, dia akan mohon maaf, dibelai dipujuk saya.. saya yang sayangkan hubungan cuba lupakan, namun benda yang sama berulang hingga ke hari ni.
Masalah kedua saya adalah mertua. Saya bukan la benci mertua saya, saya tahu dia ibu yang melahirkan ayah kepada anak saya.
Tapi dalam bab masuk campur kewangan saya betul-betul terasa. Suami saya bergaji RM3OOO, gaji saya pulak hanya RM14OO. Dah nak masuk 3 tahun benda yang sama setiap bulan.
Setiap bulan suami saya akan bayar rumah sewa RM5OO, bil api dan astro RM1OO, pengasuh anak RM300, hutang perabot RMOO, kereta RM9OO dan dia akan bagi kat mak ayah dia RM8OO sebulan.
Gaji saya pulak RM46O personal loan, insurans saya dan anak RM3OO, barang dapur pampers susu anak RM600. Sementara baki RM60 untuk duit tambang LRT saya pergi dan balik kerja.
Saya tahu gaji suami saya tak la cukup untuk semua, jadi dengan ikhlas saya guna gaji saya untuk beli barang dapur, saya halalkan duit nafkah yang suami tidak pernah hulur sepanjang perkahwinan.
Tapi baru-baru ni saya dapat tahu jumlah duit yang suami bagi setiap bulan kat mak ayah dia, saya mnangis. Saya terasa seperti orang bdoh.
Saya dapat tahu pun bila suami listkan kemana gaji dia dah habis sebab dia cakap dia dah takda duit belanja.
Saya tanya mak dia betul ke, jawab mak dia “Ye la betul, kenapa? Dia anak aku, anak yang aku kandung yang aku lahir yang aku jaga”
Okay, saya faham tapi buat suami saya, sungguh saya terasa hati sampai hati saya tawar dengan abang, kenapa?
Sebab dalam saya ikat perut, saya korbankan perasaan mak ayah saya di kampung yang sudah berapa lama saya tak kirimkan belanja demi bantu abang.
Sarapan dan lunch saya di pejabat cuma biskut kering
Dah berapa lama tak balik kampung kononnya tak mahu abang susah, abang tahu sarapan dan lunch saya di pejabat cuma biskut kering yang ada di pantri pejabat sepanjang kita berkahwin.
Kadang hujung bulan tak cukup tambang LRT, kudrat kaki saya gunakan.. kadang susu anak tak cukup saya campur dengan nestum tapi suku dari gaji abang abang hulur kat mak ayah abang.
Selama ini saya ingat abang beri RM200 sebulan sahaja untuk mak ayah abang. Abang tahu ke saya dengan anak bawah tanggungjawab abang.
Mak abang kehulu kehilir beri barang dapur sampai buang guna duit abang, tapi saya.. dah lama tak merasa duit gaji lebih hingga hujung bulan.
Bila saya cakap, abang meng4muk, abang maki abang pukvl saya, langsung tak boleh sentuh pasal mak abang.
Saya pun wanita, saya pun ada keinginan nak berbaju baru, nak merasa emas seketul dia, nak balik kampung 2 3 kali setahun, nak makan itu ini.
Sebelum ini saya ikhlas tapi abang buat saya macam orang bdoh, ibarat saya bekerja bantu mak abang. Mak abang bukan kategori orang susah, berbijik rumah sewa, bukan abang seorang anak dia.
Mak saya di kampung orang susah, orang miskin.. berulang kali abang ungkit anak perempuan tak perli bagi duit kat mak, kalau macam tu saya nak cakap orang perempuan tak perlu kerja nak fikir masalah suami.
Saya dah buat keputusan, saya akan pergi untuk mencari kehidupan yang lebih layak untuk saya dan keluarga. Seeloknya abang tak perlu berkahwin, tunaikan sahaja tanggungjawab abang abang kepada mak.
Saya mohon ampun kepada abang..halalkan makan minum saya dan saya halalkan setiap sen duit saya yang digunakan untuk membantu abang.
Sumber:kisahrumahtangga