Semasa

Minat Kat Cikgu Masa Tgkatan Tiga Lagi, Gadis Tak Sngka Kahwini Cikgu Sndiri. Rakan Sekelas Habis Terkjut

” Dari mula saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hbungan serius..”

Itu perkongsian seorang bekas pelajar yang tidak menjangka perasaan minat terhadap gurunya akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Mulanya hbungan Mohd Hafirudin Ramli dan Nur Syafieqa Samsawi asalnya tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar, namun jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Malah jurang usia 10 tahun mahupun latar belakang juga tidak menghalang hbungan Mohd Hafirudin, 29 dan Nur Syafieqa, 19, yang sudah berjanji untuk sehidup sem4ti.

Mohd Hafirudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok dan Nur Syafieqa selamat disatukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Betong, setelah mendapat restu kedua belah keluarga.

” Mengikut perancangan, saya dan suami memilih 7 Julai sebagai tarikh akad nikah namun ditunda kerana mengikut ketetapan daripada pejabat agama.

” Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan walaupun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Jujurnya, saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri, kisah percintaan kami umpama dalam drama atau novel… Tetapi inilah yang dinamakan jodoh,” katanya ketika dihubungi HarianMetro, hari ini.

Kenal masa tingkatan tiga

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Nur Syafieqa berkata, Mohd Hafirudin adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga.

Nur Syafieqa mengakui Mohd Hafirudin adalah guru kegemarannya namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.

” Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

” Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hbungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

” Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu,” katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam, di sini.

Menurut Nur Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.

Nur Syafieqa berkata, hbungan mereka kembali bertaut selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG).

” Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.

” Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri,” katanya

Katanya, pada mulanya keluarga keberatan untuk mengizinkannya berumah tangga namun mula terbuka hati selepas melihat kesungguhan Mohd Hafirudin.

” Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.

Rakan semua terkejut

” Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hbungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir.

” Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar,” katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.

Sementara itu, Mohd Hafirudin berkata, hatinya terdetik untuk menghubungi Nur Syafieqa pada Disember tahun lalu dan tidak sangka pertemuan semula serta perkenalan dalam tempoh singkat itu berakhir dengan perkahwinan.

Meskipun begitu, Mohd Hafirudin mengakui perjalanan hbungan mereka tidak mudah kerana banyak dugaan dilalui sebelum sah bergelar suami isteri terutama untuk meyakinkan keluarga kedua belah pihak.

” Empat bulan juga saya cuba pujuk ibu dan ayah selain meyakinkan keluarga mentua sebelum mendapat restu kedua belah pihak.

” Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

” Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasan terhadapnya ketika di sekolah.

” Saya terharu apabila ramai mendoakan terutama selepas video kisah kami dimuatnaik di TikTok, kelmarin,” katanya yang berasal dari Felda Mengkawang Kuala Berang, Terengganu.

Sumber:hmetr0

Kredit penulis: Redzuan Muharam